
MMM TAWAR PROMOSI MENARIK – TRITON VGT AT PREMIUM DENGAN HARGA ISTIMEWA RM155K, REBAT TUNAI SEHINGGA RM7K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kini menawarkan promosi menarik untuk para pelanggan sehingga 31 Mac ini.
Promosi ini tersedia pelbagai kelebihan termasuk rebat tunai, naik taraf peralatan, kadar faedah pembiayaan yang rendah, dan buruh perkhidmatan percuma.
Antara model yang menonjol dalam promosi ini adalah Triton Athlete dan Triton VGT AT Premium, dua varian teratas dalam rangkaian ini, ditawarkan pada harga istimewa bermula dari RM155,900 dan RM135,900 masing-masing.

Pelanggan boleh memilih di antara beberapa tawaran menarik seperti rebat tunai sehingga RM7,000, naik taraf set rim dengan tambahan RM900, ditambah rebat tunai RM3,000, atau kadar faedah rendah sebanyak 0.88% setahun.
Selain itu, Triton Athlete juga akan mendapat tambahan rebat tunai sebanyak RM2,000. Untuk tawaran ini, pelanggan bakal menerima RM2,000 dalam bentuk duit raya.
Promosi ini turut menyediakan rebat tunai untuk varian lain dalam rangkaian Triton.

Pembelian Triton VGT MT Premium dan Triton VGT MT akan diberikan rebat tunai sehingga RM3,000, manakala pembelian Triton VGT AT dan Triton Quest menerima rebat tunai sehingga RM4,000.
Sementara, Mitsubishi Xpander pula ditawarkan dengan rebat tunai sehingga RM1,000 serta mendapat perkhidmatan buruh selama setahun secara percuma.
Jangan lepaskan peluang ini untuk memiliki kenderaan Mitsubishi dengan penawaran istimewa ini!
Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat, sila layari https://www.mitsubishi-motors.com.my/2024promo/
- BACA: LAMBORGHINI CATAT HASIL LEBIH TINGGI PADA 2023, URUS BAHARU GUNA PHEV
- BACA: WARGA EMAS ACU PISTOL PADA EJEN PENARIK KERETA, NAFI ADA TUNGGAKAN BAYARAN KERETA
- BACA: N5 DUAL DASHCAM TAMPIL DENGAN CIRI REALCUBE, NIGHTVIS DAN RADAR AI. BERMULA RM499 SAHAJA
- BACA: MALAYSIA AIRLINES KINI PENERBANGAN RASMI MANCHESTER UNITED








