
MODA MOCA 110 LANCAR DI MALAYSIA – RM3,988
MODA memperkenalkan skuter ketiga untuk pasaran tempatan kali ini menerusi Moca 110, skuter kompak gaya retro untuk pasaran tempatan.

Memberi fokus pada gaya dan praktikal, Moca 110 ini jelas mencuri perhatian ramai. Lebih menarik, skuter gaya retro ini ditawarkan pada harga hanya RM3,988.
Atas kertas, Moca 110 dipacu enjin satu silinder 108cc SOHC dengan suntikan bahan api yang berupaya menjana 8hp pada 7,500rpm dan 8.5Nm pada 6,500rpm.

Kelengkapan lain yang tersedia termasuk cakera brek depan dan brek dram di belakang, tayar berukuran 10-inci depan dan belakang, lampu LED, fork teleskopik serta meter digital LCD.
Meskipun bersaiz kompak namun Moca 110 ini menawarkan tangki bahan api berkapasiti 4.8L. Skuter ini juga mesra penunggang baru dan pengalaman ekoran hanya seberat 89kg sahaja dengan ketinggian tempat duduk diletakkan pada 738mm.

Menariknya, pihak AMI (AFY Mobility Industries) turut menawarkan pelbagai aksesori tambahan antaranya penghadang angin dan top box.
Kami turut dimaklumkan bahawa MODA akan turut memperkenalkan beberapa warna lagi untuk Moca 110 ini.