Buletin

MODEL PENAMAT KIA STINGER TRIBUTE EDITION DEBUT, 1000 UNIT SAHAJA

Setelah sekian lama, Kia akhirnya mengumumkan kemunculan Kia Stinger Tribute Edition sebagai penamat kepada model gran tourer pacuan roda belakang itu.

Model edisi khas itu boleh didapati dalam kemasan warna Moonscape matte grey atau kemasan Ascot Green sementara pelindung cermin sisi, rim 19 inci dan angkup brek Brembo diwarnakan hitam.

Sementara ruang kabin pula didatangkan dengan kemasan upholsteri kulit Terracotta brown pada tempat duduk dan panel pintu, serta plet ambang pintu yang bernombor siri.

Terdapat juga kemasan trim gentian karbon palsu yang boleh didapati pada papan pemuka.

Kia Stinger Tribute Edition menggunakan asas daripada model GT, di mana ia ditampilkan dengan enjin V6 3.3 liter turbo berkembar yang mampu menjana 386 hp dan 510 Nm.

Hanya 1,000 unit sahaja Tribute Edition yang akan dihasilkan untuk satu dunia. Selepas ini, Kia Stinger akan digantikan secara tidak langsung oleh model elektrik Kia EV6 GT.

Google ads
Back to top button