BuletinMotosikal

MODENAS STREET BIKE 400CC DILANCAR MINGGU DEPAN. HARGA PASTI MAMPU MILIK!

Kami baru menerima jemputan dari syarikat motosikal Nasional Modenas. Kali ini, tiada kejutan, mereka terus memaklumkan bahawa model yang akan dilancarkan Modenas Bajaj Dominar 400. Ia akan didedahkan sepenuhnya minggu depan pada 18 hb April (Rabu).

Modenas dalam satu tindakan berani ingin meneroka pasaran dengan enjin lebih besar. Bajaj Dominar 400 bakal meluaskan lagi pasaran kerana ia kapasiti enjin terbesar setakat yang pernah dipasarkan oleh pengeluar Motosikal ini.

BACA: MODENAS LANCAR V15, NS200 DAN RS200

Sejak menjalinkan kerjasama dengan Bajaj Auto dari India, Modenas telah memperkenalkan motosikal street bike klasik V15, street bike NS200 dan sport bike RS200.

Berdasarkan angka jualan semasa, prestasi jualan Modenas dikatakan melonjak melebihi sasaran sejak tahun lalu. Jelas, Modenas sudah mula memahami permintaan pengguna.

DOMINAR 400

Ia adalah motosikal street bike paling besar pernah dihasilkan oleh Bajaj Auto. Sepertimana yang dimaklumkan sebelum ini, Bajaj ialah rakan sekutu KTM di India dan sepertimana NS200/RS200 berkongsi enjin dengan Duke 200, Dominar 400 juga berkongsi teknologi dengan enjin Duke 390.

Bajaj menggunakan unit enjin sama dengan kapasiti 373cc 4-injap DTS-i dengan suapan bahanapi jenis suntikan serta trademark TIGA palam pencucuh (triple-spark). Enjin selinder tunggal ini berupaya menghasilkan sebanyak 34.5 BHP pada 8,000 RPM dan 35 Nm tork pada 6500 RPM.

Kuasa disalurkan ke roda belakang dengan kotak gear enam kelajuan. Apa yang lebih menarik lagi ia dipasangkan dengan “slipper clutch” yang lazimnya hanya diperkenalkan pada enjin motosikal bersesaran lebih besar. Pengagih beban ini penting bagi menyeimbangkan kesan brek enjin ketika pendikit dilepaskan. Juga dikenali sebagai back torque limiter, fungsinya memastikan roda tidak “terkejut” bila gear rendah ditukar pada kelajuan tinggi.

HARGA?

Solan yang menarik. Kami di mekanika tidak mendapat harga yang tepat, tapi dari sumber dalaman yang kami perolehi, Dominar akan dijual dalam harga yang sangat kompetitif.

Harga jualannya bakal diletakkan di bawah RM20,000. Sudah itu ia sangat menarik bagi sebuah motosikal street bike 400cc dengan spesifikasi yang lebih baik dari motosikal yang lebih mahal. 

Google ads
Back to top button