Buletin

VW BANTU HASILKAN VENTILATOR DAN PERALATAN PERUBATAN GUNA TEKNOLOGI CETAKAN 3D

Volkswagen akan menyertai pengeluar kenderaan lain di seluruh dunia untuk meneroka teknologi cetakan 3D dalam usaha menghasilkan mesin pernafasan atau ventilator.

Mesin ventilator kini amat diperlukan di hospital untuk membantu pesakit kronik yang dijangkiti virus COVID-19.

Kerajaan di seluruh dunia meminta bantuan pengeluar kenderaan seperti Ford, General Motors, Ferrari dan Nissan untuk meningkatkan pengeluaran ventilator serta peralatan perubatan lain.

Volkswagen memberitahu pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menguji material dan memeriksa rantaian bekalan. Ini bagi melihat bagaimana ia boleh menggunakan teknologi cetakan 3D untuk menghasilkan ventilator.  

“Peralatan perubatan merupakan satu bidang baru buat kami. Tetapi, sebaik sahaja kami faham dengan keperluan dan menerima cetakan birunya, kami sudah boleh mula bekerja,” kata Volkswagen.

Komponen prototaip kini sudah dicetak dan Skoda turut terlibat dalam inisiatif tersebut. Volkswagen yang dikatakan memiliki lebih 125 unit pencetak 3D industri berhubung rapat dengan kerajaan dan agensi untuk menyalurkan bantuan.

Dalam perkembangan berkaitan, General Motors menyatakan ia bekerjasama dengan Ventec Life Systems untuk membangunkan peralatan bantuan pernafasan.

Tags
Google ads
Back to top button