ModifikasiMotosikal

MODIFIKASI HONDA NSR150RR PALING SADIS – DARI REPLIKA PERLUMBAAN TERUS JADI QUAD-BIKE

Siapa tak kenal dengan Honda NSR150RR memang tak layak baca artikel ni. Ia merupakan salah satu motor lagenda 150 dengan prestasi terbaik dalam kelasnya. Bukan hanya mempunyai stiker sama dengan jentera MotoGP tetapi mempunyai swing arm tunggal yang memang diilhamkan dari jentera perlumbaan sebenar.

Modifikasi biasa untuknya biasa hadir dalam rupa paras jentera track day, racing look ataupun ditogelkan untuk perlumbaan drag. Tapi model yang dipaparkan di sini memang lain macam sikit. Ia dilengkapkan dengan dengan dua lagi roda dan terus menjadi quad-bike. Sekali tengok macam ATV pun ada cuma ia menggunakan tayar kereta berprofil rendah dan bukannya tayar off-road ala ATV.

Tidak keterlaluan jika dikatakan ini merupakan kali pertama sebuah motosikal sport diubahsuai seperti ini. Kalau di Indonesia ataupun Thailand setakat dijelmakan menjadi motor bertayar tiga untuk kegunaan perdagangan untuk jual goreng pisang sudah biasa dilihat tapi modifikasi seperti ini memang pertama kali dilihat.

BACA: TIDAK KU SANGKA HONDA PCX150 PUN ADA JUAL DI AMERIKA!

Ia dipaparkan di laman FB TYGA Performance yang memang merupakan pengedar aksesori untuk jentera siri NSR keluaran Honda. Kalau mereka yang sudah biasa dengan Honda NSR pun terkejut dengan modifikasi ini apatah lagi peminat lain.

Motosikal ini sebenarnya kelihatan cukup standard selain bahagian suspensinya dirombak untuk pemasangan empat roda.

Suspensi hadapan dan belakang telah dicantumkan dengan penambahan casis yang kemudiannya dihubungkan dengan lengan hayun untuk menggerakkan tayar depan dan belakang. Suspensinya adalah jenis bebas dengan semua bahagian casis dihasilkan dari tiub logam yang kemudiannya dikemaskan dengan warna hitam dan merah.

Bahagian hadapan dilengkapkan dengan lampu tambahan kerana sudut suluhan lampu standard NSR semestinya sudah tidak sama dengan asal.

Satu kekurangan quad-bike NSR ini ialah kerana ia masih menggunakan enjin 2-lejang asal yang kami rasakan agak kurang berkuasa dan tidak cukup ideal untuk sebuah quad-bike. Tapi kalau dah boleh bergerak dengan lancar apa salahnya kan? Hentam sajalah, bukan nak masuk race pun.

Google ads
Back to top button