MAZDA MIATA CUCUK RAPAT PORSCHE
Pada artikel sebelum ini, penulis telah mengupas dengan mendalam bagaimana Mazda Miata MX-5 dilahirkan. Di akhir artikel penulis sertakan sekali satu klip video yang memaparkan Miata dipandu oleh Robert Serwanski. Untuk pengetahuan anda Robert merupakan pemandu ujian bagi syarikat Koenigsegg
Pemandu ujian Koenigsegg ini memandu Miata yang tidak cukup kuasa dan memburu supercar di litar Nurburgring hanya untuk melatih dirinya agar menjadi pemandu yang lebih baik. Bak kata Bob Hall “jika anda tidak mampu memandu laju dengan 90 kuasa kuda, apatah lagi dengan 900 kuasa kuda”.
Penulis menemui 2 klip video yang diterbitkan oleh Auto Express yang cuba membuktikan dengan modal kurang 5000 pound, mereka boleh membeli kereta Miata terpakai, lakukan beberapa modifikasi bagi menghasilkan kereta yang lebih laju bagi mencabar Porsche Boxter yang lebih mahal.
Porsche Boxter tersebut dipasang dengan enjin boxer 2700cc 6 silinder pada bahagian belakang. Enjin ini menghasilkan menghasilkan 265 kuasa kuda tanpa bantuan turbo. Ia bakal dicabar dengan Mazda Miata NB dengan enjin 1800cc dengan perbatuan sekitar 140,000 km.
Kereta tersebeut merupakan kereta peribadi Mat Watson dan ia boleh dibeli di UK dengan harga sekitar 1000 pound. Harga di Malaysia masih lagi mahal. Jadi Mat masih lagi ada baki 4000 pound bagi tujuan modifikasi dan me njadikan Miata ini sepantas Boxer.
Dengan kuasa sekitar 113 kuasa kudadaripada enjin 1800cc 4 silinder, Miata hanya mencatatkan masa 1 minit 23 saat di litar ujian. Walaupun menyeronokkan, pemandu ujian mendapati kuasa enjin kereta ini amat lemah. Cabaran seterusnya ialah lakukan modifikasi yang sesuai dari segi kuasa dan pengendalian, namun mengekalkan keselesaan Miata sebagai kenderaan seharian.
Ujian di atas dynometer menunjukkan Miata ini masih mampu menghasilkan 140 kuasa kuda di flywheel. Bagi tujuan modifikasi, Miata tersebut dihantar ke penala khas Miata iaitu Skuzzle Motorsport. Antara perkara yang dimodifikasi termasuklah:
1. Kit Supercaj Jackson N45 . Walaupun sistem turbo mampu menghasilkan lebih kuasa berbanding dengan supercaj, namun ia tidak dapat menghasilkan kuasa yang linear yang sama seperti enjin NA. Supercaj lebih sesuai untuk digunaka pada Miata
2. Sistem Intercooler untuk menyejukkan udara selepas melalui sistem supercaj
3. Injektor petrol yang lebih besar agar petrol dihantar dengan lebih banyak
4. Sistem ECU tambahan untuk mengawal aliran masuk petrol dalam enjin.
5. Sistem Ekzos manifold yang baru
6. Sistem penyerap hentak boleh laras kekerasan dari jenama Meister. Tetapan lembut untuk kegunaan harian dan keras untuk kegunaan litar
7. Sistem brek termasuk rotor baru baru dengan cross drilled serta pad brek prestasi tinggi
8. braided brake line untuk rasa brek yang lebih baik
9. Tayar cap LingPong digantikan dengan Yokohama AD 0RS dipilih bagi kegunaan litar dan juga jalan biasa.
10. Disebabkan klac asal mulai haus, ia digantikan dengan klac yang lebih baik serta flywheel yang lebih ringan.
Kos semua barang ialah 3006 pound dan upah pemasangan ialah 970 pound. Kos untuk proses penjajaran pula ialah sekitar 114 pound. Selepas modifikasi, Miata menghasilkan 196 brake horse power iaitu di tayar. Kuasa yang dihasilkan di flywheel dianggarkan sekitar 245 kuasa kuda.
Seterusnya mereka membandingkan prestasi pecutan antara Boxter dengan Miata. Boxter mampu memecut dari 0-100km/h dalam masa 6.2 saat. Jangan terkejut kerana selepas modifikasi, Miata mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 6.1 saat. laju sedikit berbanding dengan Boxter.
Ujian masa yang dilakukan di litar menunjukkan Boxter mampu mencatatkan masa sekitar 1 minit 13 saat bagi satu pusingan penuh. Sekitar 10 saat lebih pantas berbanding dengan Miata sebelum modifikasi dilakukan.
Anda boleh tonton proses modifikasi Miata di SINI
Antara perubahan yang dapat dirasai oleh pemandu ujian ialah pecutan yang bertambah baik, cengkaman yang lebih baik ketika selekoh, olengan cesi semakin berkurang, dan respon brek yang semakin pantas. Nah anda boleh tonton video tersebut di SINI.