Buletin

ANGKARA FOTO DRIFT DI MEDIA SOSIAL, TOYOTA TOLAK TUNTUTAN WARANTI ENJIN PEMILIK GR86

Masalah enjin yang berkaitan dengan gasket pada Toyota GR86 2022 dan Subaru BRZ menyebabkan beberapa pemilik mengadu tentang masalah enjin. Pelanggan di AS dan Jepun turut melaporkan isu sama yang mungkin menjejaskan model generasi sebelumnya.

Masalah sama dialami oleh seoranh pemilik GR86 bernama Blake Alvarado yang enjinnya rosak hanya selepas mencatat perbatuan 22,160km. Dia dikatakan perlu membeli enjin terpakai berharga AS$11,000 (RM49,000) untuk GR86 miliknya.

Alvarado menjelaskan bagaimana RTV, sealant yang digunakan sebagai gasket dalam enjin FA24D, tercabut dan menyebabkan masalah kekurangan minyak pelincir. Pemeriksaan lanjut mendapati kerosakan pada galas rod dan Alvarado mendapati bahan pengedap kelabu berada di dalam tiub pikap minyak – keadaan yang disebut itu telah pun dilaporkan oleh pihak lain sebelum ini.

Alvarado mendakwa bahawa mekanik Toyota enggan menukar enjinnya gara-gara beberapa keping foto di media sosial menunjukkan dia membuat aksi drift. Maka, mereka beranggapan kereta itu telah “disalahgunakan” dan jaminannya terbatal.

Walaupun Alvarado mengakui dia beliau ke acara autocross namun beliau menyangkal kereta itu telah diubah suai dan tidak memandu melebihi had kelajuan lebuh raya pada acara yang dihadirinya.

Program jaminan Toyota Amerika Utara mengatakan bahawa ‘perlumbaan’ dan ‘penyalahgunaan’ akan membatalkan waranti pemilik.

Google ads
Back to top button