Buletin

STELLANTIS PINTAS TESLA, CATAT JUALAN TERTINGGI DI EROPAH

Penjualan kenderaan elektrik oleh Stellantis meningkat di Eropah dengan kumpulan Perancis-Itali-Amerika itu mengatasi Tesla dan Volkswagen pada separuh pertama tahun ini. Stellantis juga meletakkan sasaran untuk menjadi penjual kenderaan elektrik terunggul di Eropah.

Menurut angka dari Dataforce yang dipetik oleh Automotive News Europe, pada separuh pertama 2022, Stellantis menjual 105,413 unit EV di Eropah berbanding 78,277 (Tesla), dan berada di belakang Volkswagen Group 116,307.

Angka itu termasuk di 27 negara berdaftar Kesatuan Eropah serta UK, Switzerland, Iceland dan Norway; data dari Portugal, Sweden dan Finland tidak tersedia.

Menurut penganalisis Matthias Schmidt, ia kali pertama model Tesla tidak mendapat penghormatan itu sejak suku terakhir 2020. Kenderaan elektrik terlaris daripada Stellantis di Eropah ialah Fiat New 500 yang juga merupakan EV terlaris di Eropah Barat pada suku kedua.

Fiat New 500 juga menjadi EV terlaris di Itali dan Jerman pada suku kedua. Satu lagi model EV penting Stellantis ialah hatchback kompak Peugeot e-208 yang merupakan EV terlaris di Perancis dalam tempoh yang sama.

Pertumbuhan jualan Tesla di Eropah perlahan berikutan pelbagai isu seperti COVID-19 dan masalah operasi kilang di Shanghai yang membina sedan Model 3 dan crossover Model Y untuk dieksport ke Eropah. Pengeluaran juga dilaporkan perlahan di kilang baharunya di Berlin yang memulakan pengeluaran Model Y pada Mac.

Bagaimanapun, penganalisis Mathias Schmidt menjangkakan Tesla akan “kembali dengan hebat pada suku ketiga” apabila isu COVID-19 bakal berakhir di China. Selain harapan pengeluaran di kilang Berlin meningkat dan masalah bekalan semikonduktor menjadi lebih baik. Schmidt meramalkan Tesla akan mengeksport kira-kira 200,000 unit kenderaannya di Eropah pada separuh kedua tahun ini.

Walaupun Tesla menyaksikan angka pada suku tahunan di Eropah jatuh ke paras terendah dalam dua tahun kebelakangan ini, modelnya masih memegang dua tempat pertama di Eropah pada separuh pertama.

Model Y mendahului dengan 39,969 unit, diikuti Model 3 (38,280 unit), Fiat New 500 (32,315 unit) dan Peugeot e-208 (21,918 unit). EV terlaris Kumpulan Volkswagen, Skoda Enyaq iV menduduki tempat kelima dengan 19,951 unit.

Jualan tersebut merangkumi beberapa ribu van penumpang elektrik dari Stellantis, termasuk van kompak Citroen e-berlingo (956 unit) dan Opel Combo-e (866 unit).

Google ads
Back to top button