Artikel Pilihan

KAPAL PANCAR MAS II – SATU – SATUNYA PENGANGKUTAN BAS AIR YANG MASIH WUJUD DI BANJARMASIN

Di Indonesia, terutamanya di kawsan membabitkan Kalimantan, ternyata masih wujud sebuah mode pengangkutan kapal berskala besar untuk bergerak dari titik A ke titik B. Atau lebih tepat lagi, dari Kota Banjarmasin menuju ke Muara Teweh yang terletak di Kalimantan, Indonesia.

Kapal Pancar Mas II, atau pun lebih dikenali sebagai Bas Air oleh masyarakat di sana suatu ketika dahulu merupakan sistem pengangkutan utama di Kalimantan, memandangkan dahulu kala akses jalanraya mereka tidaklah bagus seperti sekarang. Dikhabarkan terdapat puluhan jenis Bas Air yang beropersi untuk membawa penumpang dan juga barangan keperluan penduduk, terutamanya buat mereka yang menetap di pinggir sungai serta kampung / desa berhampiran.

Tetapi kini, setelah beberapa tahun kebelakangan terakhir ini, yang masih wujud dan bertahan hanyalah Kapal Pancar Mas II ini yang masih setia melayari pelayaran daripada Banjarmasin menuju ke Muara Teweh dengan melewati Sungai Barito. Sungai Barito ini merupakan diantara sungai sungai terpanjang di Kalimantan dengan jarak meliputi 1,090 km.

Walau mungkin dianggap sebagai ketinggalan zaman, namun Kapal Pancar Mas II ini masih mempunyai fungsi yang sangat ditagih buat masyarakat yang menetap di pinggir sungai dan mempunyai akses jalanraya yang jauh. Maka sudah tentu Kapal Pancar Mas II ini dianggap sebagai nadi utama buat masyarakat setempat di sana.

Kapal Pancar Mas II ini hanya akan berlayar seminggu sekali sahaja daripada Banjarmasin setiap hari Isnin dan akan tiba di Muara Teweh setelah menempuh perjalanan dua hari dua malam. Akan tetapi untuk perjalanan pulang daripada Muara Teweh ke Banjarmasin, hanya memerlukan satu hari satu malam sahaja. Ini disebabkan Kapal penumpang dan barangan ini akan melawan arus ketika berpergian. Maka, sudah tentulah jangka masa lebih lama diperlukan untuk ditiba.

Menariknya kapal dek berkembar ini turut menawarkan katil sebagai pilihan kepada pengguna bagi memberikan sedikit keselesaan dengan harga hanya Rp 130.000 (RM 37.86) sahaja. Manakala untuk tiket biasa biasa, hanya berharga Rp 110.000 (RM32.04). Tidurnya dan duduknya hanyalah di lantai dan ikut sukalah di bahagian mana sekali pun. Asal boleh. Dan kapal ini dikhabarkan berupaya membawa sehingga 200 penumpang. Ternyata keselesaan tidak lagi menjadi perkara penting. Yang penting destinasi dapat dituju.

Dan kapal ini turut dilengkapi dengan kantin kecil buat memenuhi kelaparan buat anak kapal mahu pun penumpang sendiri. Nak mandi atau buang air bagaimana? Usah khuatir kerana di belakang kapal tersedia toilet jenis jatuh terus ke dalam sungai. Semula jadi orang kata.

Ternyata di sebalik arus kemodenan dunia, masih wujud pengangkutan seperti ini yang cukup didambakan oleh masyarakat setempat. Entah sampai bila Kapal Pancar Mas II ini mampu bertahan, kan?

Kredit Foto : Tangkap Layar YouTube Nugroho Febianto

BACA : INDONESIA SELARASKAN PLAT KENDERAAN. CHIP RFID UNTUK TOL, PENGUATKUASAAN & BAYARAN PARKIR ELEKTRONIK

BACA : INI RAHSIANYA UNTUK MENJUAL KENDERAAN DI INDONESIA

Google ads

B K

Back to top button