Modifikasi

MORRIS MARINA ORIGINAL

British Leyland ialah syarikat yang sangat masyur satu ketika dahulu. Syarikat itu terbentuk hasil gabungan British Motor Holding dan Leyland Motor Corporation pada tahan 1968.

SONY DSC

Pada satu ketika, British Leyland mampu menguasai sehingga 40 peratus jualan kereta di Britain yang merupakan antara pasaran kenderaan terbesar di Eropah sewaktu zaman selepas perang dunia.

Walaupun syarikat tersebut menguasai jenama-jenama yang membawa keuntungan seperti Jaguar, Rover, Land Rover dan Mini pada awal tahun 1980-an, sebenarnya mereka tidak membuat untung besar.

mm22

Khabarnya, keadaan itu disebabkan oleh sistem pengurusan syarikat yang tidak cekap. Pada 1986, British Leyland dinamakan sebagai Rover Group, sebelum ditukar menjadi MG Rover Group. Pada tahun 2005, syarikat cuba bangkit dengan mengkomersialkan model-model MG, Austin, Morris dan Wolseley secara besar-besaran, malangnya tidak berhasil.

Disebabkan sudah tidak mampu lagi menanggung kerugian, syarikat itu dijual kepada sekumpulan orang kaya dari China. Nasib baik Shanghai Automotive Industry Corporation (SAIC) datang tepat pada masanya. Kalau tidak, mungkin British Leyland sudah duduk dalam muzium saja.

mm20

Jadi apa kaitannya dengan kereta merah ni? Nama kereta ini ialah Morris Marina yang dihasilkan oleh British Leyland. Ia merupakan kereta yang boleh dikategorikan super rare di negara-negara Komenwel termasuklah Malaysia.

Kereta ini satu ketika saya belum lahir, abah bagitau cukup glamor apabila dipandu. Ada banyak versi yang dibawa masuk. Model berwarna merah ini merupakan versi sport coupe dua pintu dengan enjin yang cukup berkuasa. Walaupun hanya berkapasiti 1.3 liter, enjinnya mampu menghasilkan kuasa kuda yang sangat besar iaitu 57hp. Saya lari gostan pun lagi laju.

mm1

Berapakah umur kereta ni? Dihasilkan pada tahun 1970, ia sebaya bos saya. Tetapi umur pemiliknya, Black belum cecah 30 tahun pun. Black tidak langsung terfikir hendak sumbat enjin RB20 atau SR20. Arah modifikasi kereta ini memang jelas, kekalkan originalitinya.

Apabila kereta sebegini dijadikan platform, saya setuju bahawa langkah mengekalkan keasliannya adalah yang terbaik. Bukan senang untuk menyelenggara enjin 12 injap ini kerana sesetengah peralatannya terpaksa ditukar dengan model lain. Janji padan, belasah saja.

mm10

Kereta ini dipacu oleh kotak gear empat kelajuan dengan gandar belakang yang disangkut pada sistem pacuan jenis torsion. Sistem suspensi roda belakang menggunakan pegas dedaun.

Bila Black bermimpi nak pasang rim 18 inci, maka banyaklah kerja fabrikasi perlu dibuat. Memasukkan rim bersaiz 18 inci pada kereta tahun 1970 bukanlah senang. Apatah lagi apabila jurutera British Leyland fikir rim paling besar yang orang nak masukkan mungkin 14 inci sahaja.

mm21

Kerja pengubahsuaian juga melibatkan pemasangan brek jenis cakera di depan dan belakang yang dimodifikasi daripada Toyota Levin AE101. Rim 18 inci BSA Palarm dengan tayar Firenza 215/35 perlu dipadankan dengan kerendahan yang sesuai. Jika tidak ia kelihatan seperti Hilux. Ukur sana sini, akhirnya Black berjaya memadankan absorber jenis boleh laras jenama D2 di depan dan GAB di belakang. Selesai masalah!

Bahagian dalaman sebenarnya agak cantik juga kejuruteraannya. Kulit hitam dengan papan pemuka yang dipulih semula dengan rapi menjadikan bahagian kabin kereta nampak seperti langsung tidak diusik.

mm14

Stereng lama digantikan dengan stereng Lucky Star ala Mooneyes. Sistem audio diperkuatkan dengan pemain Eclipse 2DIN dan pembesar suara Mohawk. Sebuah meter Autogauge dipasang di atas kolum stereng. Siap.

mm18

Bahagian luar kereta benar-benar original tanpa sebarang modifikasi tambahan. Memang gaya retro tidak dapat dielakkan pada reka bentuk tahun 1970-an. Baik Jepun atau Britain, rekaannya hampir sama. 40 tahun kemudian, rekabentuk begini nampak kemas dan lebih menarik berbanding sesetengah kereta moden yang direka dengan teknologi kejuruteraan yang pelbagai.

Saya rasa kereta ini memang rare. Puas google dan tak jumpa sebuah pun nak dijual. Jadi kalau dijual berapa harga kereta ni ha?

[hr]SPESIFIKASI

Model: Morris Marina / 1970

Enjin: 4 silinder siri A, 1.3 liter, fully restored

Kotak gear: manual empat kelajuan

Suspensi: D2 boleh laras (hadapan), GAB (belakang)

Brek: Toyota AE101 cakera depan belakang

Rim: BSA Palarm 18 inci

Tayar: Firenza 215/35/18

Dalaman: Fully restored, stereng Lucky Star, pemain audio Eclipse 2DIN, speaker Mohawk

Luaran: Restorasi penuh original

[hr]GALERI

mm5mm11SONY DSCmm19mm15

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button