Motosikal

SKUTER EMPAT RODA QUADRO4

Mengambil masa selama lima tahun untuk dibangunkan, skuter beroda empat yang pertama di dunia akhirnya berjaya dihasilkan.

quadro-scooter-mekanika (8)

Mula diperkenalkan di United Kingdom, jentera tersebut dibina oleh pengeluar skuter dari Switzerland, Quadro Vehicles S.A. Ditubuhkan pada tahun 2011, ia berhasrat untuk menghasilkan skuter beroda tiga dan empat.

Skuter tersebut menggabungkan kelincahan skuter beroda dua dengan kestabilan jentera beroda empat. Teknologi dan reka bentuk skuter itu dibangunkan di Switzerland, sebelum dikilangkan di Taiwan.

quadro-scooter-mekanika (3)

Dibina berasaskan kepada model skuter tiga roda Quadro3, QUADRO4 memiliki penampilan yang maskular dan agresif seperti sebuah snowmobile. Bagi memastikan pengendalian yang mantap, skuter itu dilengkapi Quadro Hydraulic Tilt System (HTS) dan ciri Hydraulic Tilt Lock yang cukup inovatif.

quadro-scooter-mekanika (4)

HTS mampu mengubah karekter pengendaliannya berdasarkan kepada permukaan jalan untuk memberikan cengkaman terbaik. Sistem itu terdiri daripada dua roda hadapan yang boleh dicondongkan secara serentak. Sistem ini memastikan posisi tunggangan yang tepat, biarpun di atas jalan yang tidak rata.

quadro-scooter-mekanika (1)

QUADRO4 dikuasakan oleh unit enjin silinder tunggal bersesaran 346cc. Ia mampu menjana kuasa sehingga 27hp dan tork maksimum 25.2Nm @ 5,500rpm. Satu tangki penuh boleh membawa QUADRO4 sejauh 300km. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button