Buletin

MUNRO MK_1, 4X4 ELEKTRIK DARI BRITAIN, HARGA MULA RM260 RIBU!

Munro Vehicles, pengeluar 4×4 elektrik dan satu-satunya syarikat pengeluaran kenderaan massa Scotland memperkenalkan kenderaan pertama syarikat iaitu Munro Mk_1.

Munro ditubuhkan pada 2019 oleh Russell Peterson dan Ross Anderson dan masing-masing memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Rangkaian Kuasa.

Munro adalah syarikat automotif pertama yang mengeluarkan kereta secara massa di Scotland sejak Peugeot-Talbot menghentikan operasi di kilang Linwood pada 1981.

Mk_1 direka, direkayasa dan dihasilkan di Britain dan dibangunkan untuk merentasi permukaan bumi paling mencabar dan menariknya boleh digunakan sehingga 16 jam dengan cas penuh.

Mk_1 menggunakan rangkaian kuasa elektrik 280 kilowatt (kW) dan pilihan sesuai untuk pengguna yang mahu mengurangkan impak alam sekitar di dalam pelbagai industri seperti pembinaan, pertanian, perlombongan, penyelamatan, penyelenggan infrastruktur di kawasan terpencil dan juga rekreasi.

Mk_1 boleh memuatkan lima penumpang ke pelbagai lokasi mencabar dan mempunyai keupayaan beban muatan 1,000 kilogram dan kapasiti tunda 3,500 kilogram.

Guna motor elektrik axial flux

Berbanding motor elektrik jenis radial flux yang banyak digunakan di pasaran, Mk_1 menggunakan motor elektrik jenis axial flux.

Motor jenis itu sebenarnya sukar untuk dikeluarkan dalam skala besar dan banyak memerlukan pemasangan tangan dan lebih mahal.

Namun motor axial flux atau turut dikenali sebagai pancake motor mempunyai beberapa kelebihan seperti saiz kompak dan lebih ringan.

Berat motor axial flux pada Mk_1 dapat dikurangkan separuh kepada 40 kilogram. Pemilihan itu juga membolehkan motor dipasang di antara kerusi depan dan di depan dinding sekat Mk_1.

Hasilnya pembahagian berat depan dan belakang hampir 50/50 dan meningkatkan kelincahan Mk_1 semasa off-road.

Selain, itu kebanyakan motor elektrik berputar sehingga 15,000 rpm dan memerlukan gear pengurangan (reduction drive) berbanding putaran di antara 5,000 hingga 8,000 rpm pada motor axial Mk_1.

Ciri tersebut tidak memerlukan gear pengurangan selain lebih ringan dan tidak terlalu rumit di mana pacuan boleh diambil dari kotak pemindahan transmisi terus kepada motor.

Dengan mengabungkan transmisi dua kelajuan, pakej itu lebih cekap berbanding motor radial pada kelaujuan rendah.

Spesifikasi Munro Mk_1

  • Dua pilihan motor; 220kW dan 280kW
  • Dua pilihan pek bateri; 61 kWj dan 82kWj
  • Jarak pemanduan sehingga 305 km
  • Operasi off-road sehingga 16 jam dengan sekali cas penuh
  • 35 modul bateri Litium NMC di dalam tiga kotak aluminium tahan lasak di bawah kereta

  • Sistem pengurusan haba pam haba bersepadu penuh dan mampu mengekalkan 80 peratus kapasiti tenaga asal dalam tempoh sekurang-kurangnya lapan tahun dan 100,000 batu (160,934 km)
  • Dua pilihan pengecasan AC; 7kW untuk semalaman dan 22kW untuk pengecasan penuh dalam tempoh tiga jam setengah
  • Pengecas DC CCS turut ditawarkan dan bateri boleh dicas dalam tempoh lebih kurang 30 minit sahaja

  • Lebih tertumpu kepada daya kilas dengan kelajuan maksimum 128 km/j
  • Daya kilas 700Nm boleh didapati pada kelajuan sehingga 80 km/j
  • Varian 280kW boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa 4.9 saat
  • Keupayaan tunda treler (braked) sehinga 3,500 kg
  • Sistem pembrekan heavy duty dengan cakera tanpa lohong (non vented) bagi mengelakkan tanah tersumbat di celah cakera brek dan mengurangkan prestasi

Keupayaan off-road

  • Tidak menggunakan casis ‘skateboard’ dengan dua motor menggerakkan setiap roda
  • Menggunakan motor tunggal dan dipasang di bahagian tengah bagi mengerakkan kesemua roda
  • Jarak kelegaan bumi 480 mm
  • Keupayaan mengharungi air sehingga 800 mm
  • Sudut mendaki 84 darjah dan sudut menuruni curam 51 darjah
  • Sudut ramp breakover 148 darjah

Casis dan suspensi

  • Casis jenis tangga daripada galvanised steel dengan ketebalan 5 mm berbanding 1.5 mm pada 4×4 lain di pasaran
  • Menggunakan struktur badan aluminium di atas rangka dengan badan dipasang pada casis pada lapan sudut. Pilihan cagak getah yang lebih selesa dan senyap atau pelapik aluminium solid yang lebih tegar dan kuat untuk muatan yang berat
  • Rangka penuh Roll Over Protection (ROP) untuk perlindungan penumpang. Pilihan pengukuhan bumbung untuk Falling Object Protection (FOP).

  • Panel badan aluminium dengan potongan laser
  • Gandar buatan sendiri dengan kombinasi komponen luar (aftermarket) dan dari sukan permotoran untuk bahagian driveline mekanikal lain
  • Komponen seperti sambungan suspensi, lengan putaran dan batang stereng dibangunkan oleh pakar 4×4 dari UK
  • Standard dengan pengunci pembeza tengah
  • Pengunci pembeza depan dan belakan dijadikan pilihan pembelian

Praktikaliti dan hiburan

  • Sistem elektrikal 12 volt standard
  • Pilihan pengubah DC berkuasa rendah atau tinggi untuk winc atau bar lampu
  • Dua soket USB-C dengan pad pengecasan tanpa wayar
  • Dua soket domestik tiga pin
  • Skrin double DIN dengan sambungan Android Auto dan Google CarPlay
  • Enam pembesar suara

Harga Munro Mk_1 ditawarkan daripada 49,995 pound (RM260,426.33) dan tempahan sudah pun diterima dari pelbagai lokasi antarabangsa seperti UK, Switzerland, St Lucia dan Dubai.

Mk_1 dibuat dengan tangan dan pengeluaran bermula pada 2023.

BACA: DIRECT CARS CIPTA BR75 SUV ADVENTURE CAMPER, TAWAR DUA VARIAN TOYOTA HILUX, HARGA BERMULA RM361K

BACA: NISSAN CARAVAN AUTECH UNTUK JEPUN, VAN DENGAN IMEJ SPORTI DAN MEWAH!

BACA: WULING FORMO MAX – TRAK PIKAP TERBAHARU UNTUK PASARAN INDONESIA

Google ads
Back to top button