Buletin

PENGEDAR HONDA DI AS BIMBANG DIABAIKAN DARIPADA RANCANGAN HONDA DAN SONY

Pengedar Honda di Amerika Syarikat (AS) bimbang akan diketepikan daripada rancangan Honda dan Sony untuk menjual kenderaan elektrik di negara itu.

Kedua-dua syarikat mengesahkan akan menjual EV pertama mereka di AS menjelang 2026 dan mahu melaksanakan model jualan dalam talian sahaja. Ini telah menimbulkan persoalan dalam kalangan pengedar Honda dan Acura tentang bagaimana kereta dibawa masuk, dijual dan diservis.

Jurucakap Sony Honda Mobility, Mai Nagadome berkata banyak perincian mengenai rancangan itu perlu dimuktamadkan.

Pembuat kereta itu tidak menolak kemungkinan akan menjual melalui pengedar, dengan menyatakan bahawa pelanggan akan berasa tidak senang tanpa proses perkhidmatan selepas jualan yang biasa.

Sebilangan pengedar masih ingin tahu mengapa Honda akan mempertimbangkan untuk bekerja di luar rangkaian jualan semasanya yang merangkumi 1,100 pengedar Honda dan 270 Acura di AS.

EV pertama dihasilkan oleh Sony Honda Mobility akan menampilkan sistem hiburan serba canggih, perisian berasaskan awan dan sensor yang membolehkan pemanduan autonomi tahap 3 dalam senario tertentu serta tahap 2+ dalam pemanduan bandar dan lebuh raya.

Kenderaan itu akan dihasilkan di kilang baharu di AS dan mungkin akan dieksport ke Jepun serta pasaran Eropah.

Google ads
Back to top button