Motosikal

YAMAHA YZF-R15 KINI TAMPIL DENGAN WARNA PERAK BAHARU. HARGA KEKAL RM11,988

Hong Leong Yamaha Motor hari ini memperkenalkan warna baharu untuk sportbike entry level YZF-R15 ke pasaran tempatan. 

Model itu kini hadir dalam warna perak serta dijual bersama R15 berwarna biru dan hitam sedia ada. Jentera berkenaan akan berada di kedai para pengedar Yamaha bermula April 2020. 

Setiap pembelian motosikal itu akan disertakan bersama kunci cakera brek Yamaha bernilai RM100. Harganya juga tidak berubah iaitu RM11,988 sebelum dinaikkan oleh tauke kedai. 

R15 dikuasakan oleh enjin empat lejang SOHC yang mampu menjana kuasa maksimum 19hp dan tork 14.7Nm. Kali terakhir HLYM memperkenalkan warna baharu (biru dan hitam) untuk R15 ialah pada Oktober tahun lalu.

Google ads
Back to top button