Buletin

NEW YORK TEMPAH 184 MUSTANG MACH-E GT UNTUK KEGUNAAN PENGUATKUASA

Penduduk New York bakal menyaksikan kehadiran kenderaan penguatkuasa elektrik Ford Mustang Mach-E GT kelak apabila sebanyak 184 unit EV tersebut telah ditempah oleh Jabatan Perkhidmatan Pentadbiran bandar tersebut.

Ford Mustang Mach-E GT akan digunakan oleh beberapa jabatan termasuklah New York Police Department, New York City Sheriff’s Office, Department of Parks and Recreation, Department of Environmental Protection serta Office of the Chief Medical Examiner.

Kesemua unit Mustang Mach-E itu akan diedarkan menjelang 30 Jun melibatkan kos berjumlah $11.5 juta (RM47.96 juta).

Ford Mustang Mach-E GT didatangkan dengan motor elektrik berkembar dengan sistem pacuan semua roda, serta output 480 hp dan daya kilas 813 Nm.

Pecutan 0-100 km/j hanyalah sepantas 3.8 saat dan berkeupayaan untuk beroperasi sejauh 435 km untuk sekali cas penuh.

Google ads
Back to top button