Modifikasi

YOUTUBER RUSSIA CIPTA POWER WINDOW PALING LAJU DI DUNIA

Anda mungkin sudah beberapa kali menonton hasil kerja tangan daripada warga Russia ini, dan seperti yang dijangka mereka kini tampil dengan sebuah lagi ‘ciptaan’ iaitu tingkap berkuasa paling pantas.

Mungkin jauh lebih pantas berbanding kereta Lada itu sendiri, atau tingkap berkuasa Proton..

Garage 54 memulakan eksperimen tersebut pada tingkap bahagian penumpang belakang, dan mereka tidak berpuas hati dengan penemuan awal.

Disebabkan itu, beberapa komponen telah ditambahbaik, seperti contoh lubang bore yang diperbesarkan, selain memasang hos yang lebih besar untuk memastikan aliran udara yang lebih banyak kepada silinder pneumatik itu.

Hasilnya, silinder pneumatik itu mampu mencapai tekanan sehingga 6 tekanan atmosfera, dengan kelajuan yang mampu memotong sosej atau sayuran seperti timun dengan mudah!

Namun, disebabkan kelajuan yang terlalu pantas itu, tingkap belakang Lada itu tidak dapat bertahan dan pecah setelah beberapa kali sistem tersebut diaktifkan.

Video penuh anda boleh tonton pada pautan di bawah:

Google ads
Back to top button