Buletin

NIKMATI KADAR FAEDAH SERENDAH 0.88% DENGAN MITSUBISHI TRITON

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kini menawarkan kadar faedah serendah 0.88 peratus ke atas varian-varian terpilih trak pikap Triton menerusi sewa beli daripada Maybank atau Public Bank.

Promosi ini sempena sambutan perayaan akhir tahun. Ia sah mulai hari ini sehingga 31 Disember 2019.  

Pelanggan yang menempah dan mendaftar sebuah Mitsubishi Triton VGT Adventure X, Triton VGT AT Premium atau Triton VGT MT Premium boleh memilih di antara faedah serendah 0.88 peratus atau rebat tunai seperti berikut:

Triton VGT Adventure X kini dilengkapi monitor keliling, perakam video dan pelekat badan bergaya yang ditawarkan oleh pengedar sah MMM.

Pelanggan yang menempah dan mendaftar sebuah Outlander 2.0 liter atau 2.4 liter akan menerima rebat tunai sehingga RM4,000 dan penyelenggaraan percuma selama dua tahun.

Outlander 2.0 liter ditawarkan pada harga RM137,888 manakala Outlander 2.4 liter berharga RM152,888 seunit. 

SUV kompak ASX 4WD dan 2WD pula hadir dengan rebat tunai sehingga RM12,000 dan RM8,000. ASX 4WD berharga RM133,336 dan ASX 2WD ditawarkan pada harga RM118,886.

Outlander dan ASX hadir bersa,a jaminan selama lima tahun dan perbatuan tanpa had.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: http://www.mitsubishi-motors.com.my/

Google ads
Back to top button