" "
Buletin

RANGE ROVER LSE LIMOUSINE NAK DIJUAL, APA MACAM?

Rakyat di negara kita didedahkan dengan meluas tentang limosin selepas pengenalan Proton Saga Limousine. Jenis kereta yang dahulunya sukar ditemui menjadi kebiasaan dan diteruskan sehingga beberapa model seperti Wira, Waja dan tiga generasi Perdana.

Dunia limosin sememangnya menarik untuk diikuti dan begitu meriah di negara barat seperti Amerika Syarikat.

Kebanyakan limosin dibina oleh pusat pengubahsuaian khas dengan pelbagai idea menarik berdasarkan pilihan pelanggan.

Pernah lihat SUV diubah suai menjadi limosin?

Ini ada satu contoh di United Kingdom iaitu Range Rover LSE Limousine yang diserahkan oleh Sultan Brunei kepada Townley Cross Country Vehicles untuk pengubahsuaian khusus kepada adinda baginda iaitu Putera Jefri.

Townley Cross Country Vehicles adalah pakar pengubahsuaian Range Rover di United Kingdom dengan hasil kerja unik termasuk versi enam roda.

Di sebalik reka bentuk unik, sejarah kegunaannya SUV limosin ini juga hebat. Pada Jun 2000, limosin ini pernah digunakan untuk membawa legenda tinju Mike Tyson sekitar Glasgow sempena perlawanan dengan Lou Savarese di Hampden Park.

Dari segi spesifikasi,  Range Rover LSE ini dikeluarkan pada tahun 1994. Ia menggunakan enjin 4,275 cc lapan silinder dan selama lebih dua dekad hanya dipandu sejauh 27,036 km sahaja.

Bahagian luar dikenakan warna Rolls-Royce Mason Black manakala skema bahagian dalam berwarna hitam dan merah. Kos anggaran SUV limosin ini sekitar GBP£135,000.

Pada Januari 2008 Range Rover ini telah berpindah tangan kepada seorang individu di Denmark.

SUV limosin ini kemudian telah dibawa kembali ke UK dan didaftar semula dengan nombor pendaftaran asal iaitu L23 PWT dan dijaga oleh pakar Range Rover iaitu Bishop’s Heritage.

Kepada yang berkenan, Range Rover LSE Limousine bakal dibuka untuk jualan oleh Silverstone Auctions pada 9 dan 10 November depan di Birmingham, England.

Harga yang ditawarkan tidak terlalu mahal untuk keunikannya iaitu di antara GBP£18,000 (RM96,784) hingga GBP£24,000 (RM129,046) sahaja.

BACA: FAKTA PENJAGAAN RANGE ROVER EVOQUE Si4

BACA: SUZUKI JIMNY BARU DAH SAMPAI! HARGA BERMULA RM168K!

BACA: PADA 2006 MAZDA CX-7 DIPERKENAL, SUV ERA ZOOM-ZOOM

Google ads
Back to top button