Artikel Pilihan

TIPS MEMANDU KENDERAAN DENGAN TRANSMISI DSG

Kami telah mengulas berkenaan teknologi transmisi klac berkembar atau singkatanya DSG atau DCT sebelum ini. Kali ini kami bukan nak membebel pasal teknologi DSG lagi atau bagaimana kos penyelenggaraan (Abam Yazid dah tulis) dan berhujah berkenaan kelebihan dan kelemahan sistem DSG. Hari ini kita cuba kongsikan bagaimana cara pemanduan yang terbaik agar sistem DSG tahan lebih lama dan lebih lasak.

Anda boleh baca bagaimana transmisi DSG berfungsi di SINI

Seperti mana yang anda sedia maklum, sistem DSG akan beroperasi dengan menggunakan 2 klac berbeza yang mana hanya satu klac yang akan bersambung dengan flywheel enjin dalam satu satu masa. Dari segi teknikal pula, transmisi DSG ini masih transmisi manual cuma dengan klac tambahan dan operasi penukaran klac dilakukan oleh komponen mekatronik. Ia tiada penukar tork seperti transmisi auto tapi pek klac (basah atau kering) yang bertindak menyambungkan transmisi ke enjin.

Jika anda lagi beberapa teknik bagi memandu kereta dengan transmisi DSG, jangan malu-malu untuk kongsikan di ruangan komen.

1. Anda tidak perlu menukar kedudukan tombol dari D kepada N jika anda memberhentikan kereta di persimpangan jalan ataupun berhenti seketika di persimpangan lampu isyarat. Jurutera telah menjangkakan masalah ini dan mereka sistem ECU yang cukup cekap. ECU akan mengesan jika kereta berhenti, kedua dua klac akan diputuskan dari enjin bagi mengelakkan bebanan dan haba dihasilkan pada sistem klac yang akhirnya akan merosakkan klac.

2. Jika anda berhenti di persimpangan jalan yang berbukit anda boleh menggunakan kaedah menyeimbangkan pedal minyak dan klac. Jika anda memandu kereta dengan gear auto, anda boleh biarkan sahaja tombol gear dalam D dan tekan sedikit pedal minyak untuk kekal statik. Namun dengan transmisi DSG, sebaik sahaja kereta berhenti, klac akan memutuskan sambungan dengan enjin dan anda perlu menekan brek untuk mengelakkan daripada menggelungsur ke belakang.

Sesetengah kereta memiliki ciri brek elektronik dan fungsi autohold untuk mengelakkan perkara ini terjadi.

3. Salah satu kelemahan DSG ialah keupyaan transmisi ini intuk bergerak perlahan di dalam kesesakan jalan raya (creep) atau menghampiri kereta depan sedikit demi sedikit. Dalam situasi ini klac gear satu akan bersambung sekejap dan sebaik sahaja anda melepaskan pedal minyak, klac akan memutuskan sambungan. Pada masa ini anda mungkin akan merasai fenomena sentapan atau jerking. Untuk memanjangkan jangka hayat klac, pastikan wujud sedikit ruang sebelum anda bergerak ke depan bagi membenarkan klac bersambung sepenuhnya.

4. DSG akan berfungsi dengan ECU dengan bantuan Fuzzy Logic. Jadi elakkan daripada menurunkan gear ketika anda mula memecut ataupun menaikkan nisbah gear ketika anda membrek kerana ia hanya akan membuatkan sistem Fuzzy Logic menjadi pening lalat. Biasanya jika ECU mengesan anda mulai memecut ia akan menjangkakan yang ia perlu menaikkan nisbah gear, bukan menurunkannya. Bukan tak boleh buat, tapi sistem akan mengambil sedikit masa untuk melakukannya

Mazda CX30

5. Adalah tidak digalakkan sama sekali untuk anda menggunakan prosedur launching di mana anda menekan pedal minyak dan pedal brek secara serentak serta melepaskan brek apabila RPM tinggi. Bagi kereta manual, prosedur ini dilakukan dengan menekan pedal minyak sehingga RPM yang tinggi dan seterusnya melepaskan klac dengan cepat (gear 1 dah masuk) bagi mendapat pecutan yang cepat. Jika prosedur ini dilakukan pada kereta DSG, ia akan meletakkan beban pada sistem klac yang akan menyebabkan haba terkumpul dan seterusnya menyebabkan klac haus dengan cepat

Tags
Google ads
Back to top button