Modifikasi

NISSAN SKYLINE R33 – IMPAK MINIMA!

Jentera ini memang rare kerana bahagian hadapannya guna Nissan Skyline GTR34, tapi belakang pula Skyline R33. Boleh tahan juga peliknya.

Filem-filem aksi terbitan Malaysia bukanlah kodi sangat sebenarnya. Cuma jangan bandingkan dengan filem Hollywood. Tetapi kalau dibandingkan dengan negara-negara membangun yang turut meriah membikin filem, memang aksi kereta-kereta  lumba dalam filem drift tempatan tidaklah malu sangat.

Dulu sahaja yang saya loya nak tengok aksi lumba dalam filem Melayu. Apa   kejadahnya kalao Mitsubishi Evo spin atas gravel boleh buat efek bunyi spin atas jalan tar. Asal pecut sahaja bunyi spin, asal bunyi spin sahaja pecut.

Kereta Skyline yang nampak pelik sebab bahagian depan lain dan belakang lain ini ialah spesis yang jarang-jarang kita boleh jumpa di dunia nyata. Kalau anda semua kaki filem, mungkin masih ingat Skyline hijau yang ada dalam filrm Impak Maksima. Samalah tu dengan kereta ni.

R33 text (1)

Skyline ini milik abang Md Sei yang ingin dijualnya. Memandangkan Honda Accord miliknya enjin sudah pecah dan masih belum siap lagi (semasa artikel ini ditulis, sekarang mungkin dah siap), jadi dia pun bergayalah dengan Skyline ni sambil mencari pembeli.

Prospeknya memang ramai. Cuma bila dengar bab pinjaman, ramai yang tarik gear gostan. Sudah namanya pun kereta sport, janganlah simpan harapan tinggi boleh dapat pinjaman banyak. Kalau dah berhajat sangat, silalah simpan duit. Tak pun buat pinjaman peribadi, barulah boleh bergaya dengan Nissan Skyline!.

Kereta ini dilahirkan pada tahun 1997 di Jepun. Dibawa masuk ke Malaysia pada 2004 dan sahlah ia berjalan dengan road tax semua. Ini ialah Nissan Skyline R33 GTST model yang menggunakan enjin RB25DET.

Walaupun bukan GTR pacuan empat roda, GTST dengan transmisi manual tidaklah boleh dipandang sipi-sipi saja. Kereta ini boleh tahan juga melilau kalau pedalnya minyaknya dipijak. Modifikasi? Boleh. Kalau tidak diubahsuai pun tidak apa.

R33 text (2)

Dalam filem, kereta ini nampak mencanak-canak lajunya. Pada hal enjinnya langsung tak diusik. Md Sei siap bawa kereta ini pergi kerja ulang alik Puchong – Sri Petaling lagi.

Kalau dah guna AR70, jangan mimpilah minyak jimat. Kebaikan jenis mod macam sebegini adalah dari segi ekonomikal. Tetapi kalau ekzos pun tidak tukar memang hampeh lah.

Skyline ini mengguna pakai ekzos jenis KTS Titanium dengan paip sebesar 3.5 inci. Power…power… Penapis udaranya digantikan kepada Penapis udara HKS. Blow-off pun HKS dan akhir sekali sebuah ECU by pass E-Manage yang lengkap dengan MAP sensor. Boost dia sangat tinggi iaitu 1 bar.

Kuasa tadi disalurkan ke permukaan jalan belakang menerusi kotak gear manual lima kelajuan standard GTST. Dibekalkan bersama-samanya ialah LSD jenis two way yang menurut pelumba jalanan membantu ketika membuat aksi drift haram dan juga pelancaran yang sekata.

R33 text (3)

Suspensi Skyline ini ialah daripada jenis boleh laras TEIN HA pada segenap sudutnya. Apa yang tidak kalah pada Skyline ialah brek Brembo empat pot depan dan dua pot belakang yang disalin daripada model abangnya, GTR.

Rim yang dipakaikan pada kereta ini tidak diketahui asal usulnya. Tayar bersaiz 225/40/18 untuk roda hadapan dan 265/35/18 di belakang jenama Yokohama Neuton dan Ventus.

Bahagian dalaman tidak menerima banyak pengubahsuaian. Apa yang boleh nampak ialah boost meter dan pen turbo timer APEXi. Radionya pun terdiri daripada pemain CD standard yang bolehlah nak layan saluran Business FM dan radio IKIM.

Bahagian luar pula boleh dikategorikan sebagai rare kerana tak buat dek orang guna kepala R34 GTR. Kalau  perati betul-betul tanpa tengok bahagian belakangnya, memang dari depan kereta ini nampak macam GTR 34. Sekali tengok belakang rupanya R33. Tapi tak apalah, selagi kepala Skyline masih boleh diterima. Bayangkan kalau taruk kepala Kenari?

 

Spesifikasi

Model: Nissan Skyline R33 /1997-2004

Enjin: RB25DET, intercooler GTR, open pod hks filter, -hks sqv blow off, -e-manage complete harness dan MAP sensor, ekzos 3.5 inch KTS titanium, boost 1bar

Kotak gear: Manual lima speed, full lock two way LSD

Suspensi: TEIN HA boleh laras

Brek: Brembo GTR empat pot depan dua pot belakang.

Rim: 18 inci

Tayar: Yokohama Neuton Ventus

Depan:  225/40

Belakang: 265/35

Dalaman: Boost meter Apexi, turbo timer apexi pen

Luaran: Body part depan GTR34 yang rare dan jarang-jarang orang buat masuk kat body R33

Galeri

R33 galeri (1) R33 galeri (2)R33 galeri (3)R33 galeri (4)R33 galeri (5)R33 galeri (6)R33 galeri (7)R33 galeri (8)R33 galeri (9)R33 galeri (10)R33 galeri (11)R33 galeri (12)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button