
NISSAN DVR – HANYA RM1 DENGAN PEMBELIAN KERETA BAHARU
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) baru-baru ni memperkenalkan Perakam Video Pemanduan (DVR) untuk semua model Nissan.
Menampilkan sudut pandangan 150° dan lensa 6 lapisan, kamera ini mampu merakam video HD 1296 piksel berkualiti tinggi. Malah sensor imej dalam kondisi cahaya yang malap membolehkan pemandu merakam video dengan jelas.
Mudah untuk dioperasi, DVR itu hadir bersama ketersambungan tanpa wayar dengan peranti IOS atau Android menerusi aplikasi (TCAT DVR). Ini membolehkan pemandu melakukan konfigurasi, penstriman, memuat turun dan berkongsi video mereka.
Alat pengesan graviti binaan dalam DVR mengesan perubahan pergerakan graviti, impak dan akan mengaktifkan mode rakaman jika kenderaan terlibat dalam pelanggaran, menukar arah dengan tajam atau menekan brek kecemasan. Aspek ini penting bagi melindungi rakaman yang mengandungi maklumat penting daripada terpadam.
DVR didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km mana-mana tiba dahulu.
Sempena kempen akhir tahun Nissan, pelanggan boleh membeli DVR pada harga RM1 menerusi promosi RM1.00 yang sedang berlangsung sekarang. Pelanggan yang ingin membeli DVR sahaja untuk mana-mana model pula akan diberi diskaun sebanyak 30%.
ETCM turut melancarkan Kempen “Millionaire Drive” sekali lagi. Sepanjang Oktober, pelanggan yang membeli dan mendaftar kereta Nissan mereka berpeluang memenangi sebahagian daripada 2,000,000 AirAsia BIG Points.
Pemenang hadiah utama, kedua dan ketiga masing-masing akan membawa pulang 300,000, 200,000 serta 150,000 BIG Points yang membolehkan mereka terbang ke pelbagai destinasi dalam dan luar negara. Pemenang Hadiah Saguhati pula akan menerima 50,000 BIG Points.
Sepanjang tempoh promosi ini, rebat menarik dan penjimatan sehingga RM10,000 ditawarkan kepada model-model terpilih Nissan. Selain promosi Bayaran Pendahuluan Mudah dengan Pelan Sifar Faedah 0% ke atas semua model Nissan. Sebagai tambahan, “Promosi RM1” yang popular akan diteruskan bersama kempen bulan Oktober.
| MODEL | KEMPEN PROMOSI RM 1.00 |
| Almera | NISMO Aerokit ATAU Sistem Paparan Navigasi Multimedia dengan skrin 6.5 inci
BAHARU: Tambah RM1 untuk mendapatkan Perakam Video Pemanduan (DVR) |
| Teana & X-Trail 2.5L | Sistem Paparan Navigasi Multimedia dengan skrin 8 inci 8 inci |
| X-Trail 2.0L | Tempat Duduk Kulit |
| Navara | Pakej Luxury (varian V dan SE)
– Tempat duduk kulit, tinted, pedal sports, plat tahan karat, visor pintu dan kemasan pada hendal |
ETCM juga akan menganjurkan Karnival Pandu Uji Nissan yang menawarkan barisan kenderaan Nissan untuk dipandu uji.
Tarikh, masa dan lokasi Karnival Pandu Uji Nissan adalah seperti berikut:
| Tarikh | Masa | Wilayah | Cawangan |
| 8 – 9 Oct | 10am – 8pm | Tengah | ETCM Southgate |
| 14 – 15 Oct | 10am – 10pm | Pantai Timur | Aeon Kota Bahru |
| 15 – 16 Oct | 10am – 8pm | Sarawak | ETCM Miri 3S Centre |
| 15 – 16 Oct | 10am – 10pm | Sabah | Imago Times Square, Kota Kinabalu |
| 15 – 16 Oct | 10am – 8pm | Utara | ETCM Butterworth 3S Centre |
| 15 – 16 Oct | Selatan | ETCM Johor Jaya 3S Centre | |
| 15 – 16 Oct | Selatan | ETCM Semabok |









