Modifikasi

PERODUA KENARI YRV – MUJUR PARTS MOVE DAH MAKIN MURAH

Kereta-kereta keluaran Perodua semuanya memiliki sejarah peribadi yang cemerlang. Cuma dua model sahaja yang boleh dikatakan gagal dari sudut pasaran dan modifikasi. Rusa dan Nautica.

Rusa sebab bentuknya yang macam kacang tanah tak boleh blah. Manakala Nautica pula ialah sebuah ‘kereta tempatan yang diimport’ mahal serupa nak kiamat. Ia merupakan kereta paling mahal yang pernah dijual oleh Perodua.

Perodua-Kenari-YRV-mekanika (21)

Lama atau tidak dalam produksi bukanlah isunya. Tengok pada model legend Kancil sampai hari ni pun bukan main galak orang modified. Selepas Kancil, model angkatan kedua yang popular dimodifikasi ialah Kelisa dan Kenari. Kedua-duanya berkongsi platform yang sama. Bentuk kotak, kecil dan suspensi ke laut. Tapi satu perkara bagus, ia sebuah kereta bandar yang praktikal.

Masuk ke generasi kedua atau ketiga pemilik Kenari, pasaran barang JDM kereta ini mula reda. Senang cari dan harga dah mampu milik. Bukan macam dulu, mampu tengok. Kalau anda tengok di web atau kelab, dah ramai runner mula buang harga barang-barang Move. Barang semakin banyak, walhal di Jepun, body L9 Move dan L7 Cuore dah mulai pupus.

Perodua-Kenari-YRV-mekanika (18)

Resepi sebuah Kenari biasanya ialah enjin YRV. Enjin K3VET ialah satu generasi di belakang 3SZ-VE pada Myvi. Ia juga satu-satunya enjin turbo generasi penghujung tahun 1990-an di mana syarat perundangan Jepun tidaklah seketat sekarang.

Disebabkan enjin ni adalah pilihan tunggal, maka ia jadi rebutan. Tapi seperti bodypart Move, sekarang adalah waktu yang sesuai untuk beli half-cut sebab tengah banyak yang dipotong.

Perodua-Kenari-YRV-mekanika (2)

Enjin ini senang sebab tak banyak spec. K3VE juga dipasangkan pada Daihatsu Storia versi manual sebelum zaman 3SZ. Apapun, K3VET lebih popular sebab pendesak turbo. Enjin ini sangat ringkas dan dipadankan dengan transmisi semi automatik 4 kelajuan yang sebenarnya ialah sistem gear konvensional yang di’bypass’ dengan suis turun naik gear pada roda stereng.

Memasukkan enjin juga tak susah. Kemudian beberapa penyesuaian dibuat seperti penapis udara K&N, radiator Synergy lebih tebal, palam pencucuh NGK Iridium, injap blow off HKS SSQV dan sistem ekzos yang diperbaiki. Ekzos diselaras dengan paip berukuran 2 inci saluran terus dan peredam bunyi APEXi.

Perodua-Kenari-YRV-mekanika (16)

Sistem suspensi diperkemaskan dengan pemasangan set boleh laras HWL. Dulu top HWL, apesal sekarang macam dah suram. Pada adik-adik di luar sana yang baru nak belajar upgrade kereta, ni antara suspensi yang boleh diharap dan harganya munasabah. Ia baru, buatan tempatan dan disokong oleh servis lepas jualan. Ye lah, daripada beli yang terpakai di kedai potong tak tau hujung pangkal.

Sistem brek Kenari ini ditingkatkan dengan brek YRV untuk roda hadapan. Sementara roda belakang dipadankan dengan brek cakera Civic EG. Dengan sedikit penyesuaian, brek itu boleh padan dengan kemas pada gandar tayar belakang Kenari.

Perodua-Kenari-YRV-mekanika (19)

Bahagian kosmetik memang terang lagi bersuluh disalin dengan part Daihatsu Move. Bahagian luar disalin dengan konsep Move Aerodown, lengkap dengan set sunroof sebesar rumah itu.

Sungguh, sunroof Move ni memang besar. Kalau pasang automatik buat dalaman kereta jadi lapang. Bahagian dalaman yang disalin siap dengan kerusi bench juga membantu mengesktrak ruang tambahan pada sebuah kereta bersaiz mesin basuh ini. Jepun memang terer buat magik macam ni.

Perodua-Kenari-YRV-mekanika (4)

Hingga ke hari ni, saya tetap percaya Perodua patut perkenalkan Move berbanding Axia. Kita perlukan kereta yang ekonomikal dan praktikal. Saya sokong kalau ia dijadikan kereta pertama untuk pasangan baru berkahwin yang mungkin kurang mampu nak beli Myvi.

Saya pernah guna dan masih yakin ia konfigurasi paling baik yang pernah dibuat Daihatsu untuk kereta bandar. Betul wacakapsamalu…

GALERI

Perodua-Kenari-YRV-mekanika (3)Perodua-Kenari-YRV-mekanika (5)Perodua-Kenari-YRV-mekanika (6)Perodua-Kenari-YRV-mekanika (8)Perodua-Kenari-YRV-mekanika (11)Perodua-Kenari-YRV-mekanika (14)Perodua-Kenari-YRV-mekanika (10)

Google ads
Back to top button