
VOLVO BUKA FASILITI PEMBAIKAN BADAN DAN CAT PERTAMA DI GLENMARIE DAN ARA DAMANSARA
Volvo Car Malaysia (VCM) memperkenalkan fasiliti perkhidmatan pembaikan badan dan cat pertamanya pada pelancaran Volvo Certified Damage Repair (VCDR) Volvo di Federal Auto Cars, Glenmarie dan Sime Darby Swedish Auto, Ara Damansara.
Ketua Volvo Cars APEC, Nick Connor, hadir bersama Pengarah Urusan Volvo Cars, Charles Frump untuk melancarkan VCDR secara rasmi di kedua-dua lokasi berkenaan.
VCDR bertujuan meningkatkan pengalaman selepas jualan, selain memberi fokus kepada perkhidmatan pembaikan badan dan cat yang cepat dan cekap.

Demi mencapai standard Volvo, mereka komited untuk memastikan kualiti pembaikan keseluruhan dengan penggunaan peralatan canggih. Di samping pengurusan sumber yang membolehkan perniagaan dijalankan dengan kos yang efektif.
Sistem pengudaraan tekanan rendah dengan kawalan automatik untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida, pelepasan zarah mikroskopik dan penggunaan tenaga adalah piawaian VCDR yang menggunakan teknologi terbaik untuk perkhidmatan pembaikan dan cat.
Mesin berkuasa bateri digunakan semasa memanaskan sistem elektrik, di mana lebih 80 peratus udara akan disedut masuk melalui sistem penapisan yang mengurangkan penggunaan tenaga dan pelepasan gas rumah hijau.
Penggunaan Volatile Organic Compounds (VOC) dalam cat kini digantikan dengan cat berasaskan air, sekali gus mengurangkan pendedahan pekerja kepada bahan kimia berbahaya.
Dilengkapi teknologi terkini dan juruteknik terlatih, Federal Auto Cars Glenmarie serta Pusat Badan dan Cat Berpusat Sime Darby Motors merupakan dua pusat servis Volvo pertama di Malaysia yang diselaraskan dengan piawaian VCDR.
Berkeluasan 11,133 kaki persegi, setiap kemudahan itu boleh mengendalikan sehingga 1,260 unit kenderaan setahun.
Maklumat lanjut mengenai Pusat Pembaikan Kerosakan Bertauliah Volvo, sila hubungi Volvo Ara Damansara di 03-7623 3200 atau Volvo Glenmarie di 016-248 0878 untuk maklumat lanjut.
- BACA: VOLVO SAH AKAN LANCAR EV C40 RECHARGE CKD KE MALAYSIA TAHUN INI!
- BACA: VOLVO CARS MALAYSIA CATAT JUALAN TERTINGGI DALAM SEJARAH, 2,229 UNIT PADA TAHUN 2021
- BACA: VOLVO CAR MALAYSIA LANCAR PROGRAM JAMINAN ALAT GANTI SEPANJANG HAYAT
- BACA: CHARLES FRUMP DILANTIK PENGARAH URUSAN BAHARU VOLVO CAR MALAYSIA