Pandu Uji

NISSAN SERENA S-HYBRID CKD – RM138,800

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) melancarkan Nissan Serena S-Hybrid yang telah ditambah baik semalam.  Ia merupakan MPV hibrid pertama yang dipasang di Malaysia.

SONY DSC

Tahun lalu, ETCM menawarkan Serena S-Hybrid dalam bentuk CBU. Untuk memberi lebih pilihan kepada pengguna, MPV tersebut didatangkan dalam dua varian iaitu Premium Highway Star dan Highway Star.

Program CKD membolehkan anda membeli Serena S-Hybrid pada harga bermula RM138,800 bagi gred Highway Star dan RM149,500 untuk model Premium Highway Star (harga di atas jalan termasuk insurans di Semenanjung Malaysia).

SONY DSC

MPV ini juga hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km, (mana-mana tiba dahulu). Jentera ini didatangkan dalam dua warna baru iaitu merah dan biru. Di samping tiga warna sedia ada seperti hitam, putih dan perak.

ETCM yang telah membelanjakan sekitar RM60 juta untuk projek pemasangan Serena S-Hybrid di kilang Serendah mensasarkan untuk menjual sekitar 200 hingga 300 unit MPV itu sebulan.

SONY DSC

“Kami bangga untuk mengumumkan bahawa Serena S-Hybrid CKD baharu ini ialah Serena S-Hybrid pertama yang dipasang di luar Jepun,” kata Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng.

Memang terkenal dalam kalangan mereka yang sudah berkeluarga, Serena S-Hybrid baharu telah menjalani proses gayaan semula pada bahagian luaran dan dalamannya.

SONY DSC

Antara ciri-ciri baharu termasuklah gril hadapan krom tiga dimensi yang telah direka semula, lampu utama LED dengan lampu signatur LED, bampar depan yang dipasang bersama lampu kabus, serta rekaan bonet dan fender baharu. Penampilan itu disempurnakan lagi dengan acuan sisi baharu dan rim aloi bersaiz 16 inci.

Di bahagian belakang, lampu kombinasi LED digayakan dengan garis berbentuk S yang bergaya, sekali gus menyerlahkan lebar vertikal MPV ini. Spoiler bumbung (untuk Premium Highway Star) pula ditambah untuk meningkatkan elemen sporty Serena S-Hybrid.

 SONY DSC

Bahagian dalaman juga telah ditambah baik menerusi gabungan tempat duduk dibalut kulit (model premium). Konsol tengah Serena S-Hybrid kini dipasang dengan kemasan matte baharu yang mengurangkan kesan cap jari dan biasan cahaya.

SONY DSC

Kelebihan utama Serena S-Hybrid CKD terletak pada ruang kabinnya yang besar dan fleksibel. Ia mampu memuatkan sehingga lapan orang penumpang. Lebih menarik lagi, sebanyak 14 konfigurasi berbeza untuk tempat duduk dan kargo juga ditawarkan. Bagi memaksimumkan penggunaan ruang, sebuah tayar gantian diletakkan di bahagian bawah tempat duduk penumpang hadapan dan kini ditawarkan sebagai satu ciri standard.

SONY DSC

Aspek mekanikal Serena S-Hybrid CKD tidak berubah. MPV itu masih dikuasakan oleh enjin petrol Nissan MR20DD empat silinder DOHC dengan sistem pancitan terus bersesaran 2.0L.

Dipadankan dengan kotak gear XTRONIC CVT generasi terkini dengan Adaptive Shift Control (ASC), enjin tersebut mampu menghasilkan kuasa mencecah 147PS dan tork maksimum 210Nm @ 4,400rpm. Nissan mendakwa ia mampu mencatatkan penggunaan bahan api sekitar 15.2km/liter dalam ujian Japan JC08.

SONY DSC

Menggunakan sistem hibrid yang ringkas dan kompak, motor eletrik ECO bertindak sebagai sumber kuasa sokongan untuk membantu enjin dan proses menjana semula tenaga. Sistem hibrid ini juga mempunyai satu unit bateri ekstra untuk menyimpan kuasa tambahan.

Sistem S-Hybrid menampilkan satu sistem melahu Start/Stop yang akan mematikan enjin secara automatik apabila kenderaan berhenti. Enjin akan dihidupkan semula apabila pedal brek dilepaskan. Ini membantu Serena S-Hybrid baharu mencapai penjimatan bahan api yang terbaik dalam kelasnya.

SONY DSC

Sempena pelancaran Nissan Serena S-Hybrid baharu, ETCM menawarkan yuran servis penyelenggaraan percuma selama tiga tahun serta berpeluang memenangi percutian 3 hari 2 malam di Legoland, termasuk penginapan dan akses ke taman-taman tema Legoland kepada pelanggan yang mendaftar sebelum 31 Disember 2014.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button