Motosikal

HONDA CBR250RR BAKAL LANCAR 18 DISEMBER 2020, SIAP SEDIA DUIT KWSP!

Boon Siew Honda dijangka memperkenalkan model paling ditunggu-tunggu ramai, apa lagi kalau bukan CBR250RR ke pasaran tempatan pada 18 Disember 2020.

Perkara itu disahkan menerusi satu hantaran yang dibuat di laman Facebook Honda Motorcycle Malaysia beberapa hari lalu.

“From Track to Street.

“Motosikal yang paling dinanti-nantikan tahun ini. DNA perlumbaan kini bersedia menakluki jalanan.

“Free kan diri anda Jumaat malam nanti! Sertai pelancaran motosikal Honda live di Facebook @HondaMotorcycleMalaysia pada jam 8 malam, Jumaat 18hb Disember

“On x On?” tulisnya.

Berita tentang pelancaran itu diperkuatkan lagi apabila beberapa pengedar sah motosikal Honda turut membuka tempahan jentera itu sejak Oktober lagi.

Berdasarkan kepada laporan sebelum ini, jentera itu dikuasakan enjin MC51E empat lejang DOHC dua silinder sebaris bersesaran 249cc dengan sistem pancitan bahan api PGM-FI.

Enjin berkuasa 41PS dan tork 25 Nm pada 11,000 rpm itu dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan. Kapasiti tangki minyak pula ialah 14 liter.

Sebagai sebuah model premium, CBR250RR dilengkapi pelbagai ciri seperti quick shifter, assist slipper clutch, throttle by wire dan beberapa mode tunggangan.

Bagaimana dengan harga? Di Jepun, CBR250RR ditawarkan pada harga sekitar RM33,000 seunit. Namun, harga untuk pasaran Malaysia dikatakan di bawah RM30,000. Sama-sama kita nantikan…

Google ads
Back to top button