Buletin

NOTIS RASMI PANGGIL BALIK (RECALL) HONG LEONG YAMAHA UNTUK MODEL YZF-R25

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) pemegang hak jenama motosikal Yamaha di Malaysia semalam telah mengeluarkan notis panggil balik (recall) untuk model YZF-R25 di Malaysia. Ia adalah susulan laporan daripada Yamaha Jepun yang telah mengeluarkan notis serupa untuk pasaran Jepun pada pertengahan bulan lepas.

Panggilan semula ini melibatkan penukaran peralatan mekanisme sub-suis (Sub-Switch Assy), braket tangki (Tank Bracket) dan pengikat tangki minyak (Bolt of Tank Cover).

Ini adalah kenyataan kedua yang dibuat oleh HLYM terhadap model yang sama. Pada tahun lepas, R25 dipanggil secara rasmi untuk pemeriksaan penggerak utama pam pelincir serta bebola galas pada unit klac kotak gear.

HLYM dalam satu kenyataan semalam memberitahu mereka akan menghantyar notis kepada pelanggan yang terlibat bermula pertengahan bulan ini. Kepada pelanggan yang sudah diberitahu, sila hubungi Pengedar sah Yamaha Motor Sdn Bhd untuk membuat temujanji bagi menukar peralatan terbabit.

Berikut adalah nombor casis model yang terlibat dalam panggilan ini

Model Nombor kerangka/casis Komponen
YZF-R25  PMYRG1510E

PMYRG1510F

PMYRG1510G

 

Sub-Switch Assy,

Tank Bracket and

Bolt of Tank Cover

 PMYRG1510H

0000000 to 0009120

Bagi melancarkan proses ini, HLYM membuka talian emel khusus untuk menjawap segala pertanyaan. Mereka boleh dihubungi menerusi alamat r25hotlinemalaysia@yamaha-motor.com.my.

BACA: PANGGILAN SEMULA TERBARU R25

BACA: TUNGGANG UJI R25 – SPORTBIKE KECIL

 

 

 

Google ads
Back to top button