
OLA ELEKTRIC PUN NAK BIKIN EV
Pengeluar skuter elektrik dari India, Ola Electric bakal memasuki dunia kenderaan elektrik.
CEO Ola Electric, Bhavish Aggarwal berkongsi gambar kenderaan elektrik (EV) melalui ciapan Twitter miliknya yang menampilkan rekaan futuristik.
Melalui gambar tersebut, ia kelihatan seperti jentera konsep yang mengetengahkan konsep aerodinamik yang dipadankan cermin depan berlengkung.
Ia turut hadir dengan bar LED penuh di bahagian hadapan, empat pintu dan rim aero.
Bagaimanapun, ciapan itu mendedahkan secara terperinci berhubung kenderaan masa depan terbabit.
Syarikat berpangkalan di Bangalore itu merupakan pembikin skuter elektrik Ola S1 dan Ola S1 Pro.
Aggarwal pernah melahirkan minat dalam mengembangkan produk syarikat kepada kenderaan empat roda.
Kemungkinan besar EV baharu jenama Ola akan memasuki pasaran pada tahun 2023 berdasarkan ciapan CEO pada bulan Ogos tahun lalu. – carscoops







