
SKUTER OLA ELECTRIC TERIMA 100K TEMPAHAN DALAM TEMPOH 24 JAM
Syarikat pengeluar, Ola Electric menerima tempahan lebih 100,000 unit skuter elektrik dalam tempoh 24 jam selepas membuka tempahan pada Sabtu lalu.
Skuter yang masih belum memiliki nama itu dikatakan skuter dilengkapi teknologi paling terkini di India.
Menurut Ola Electric, EV pertama syarikat terbabit mendapat sambutan luar biasa daripada khalayak umum malah merupakan pra-tempahan skuter paling banyak pernah dicatatkan.

Syarikat berkenaan mempunyai cita-cita besar dalam membangunkan kilang mega dinamakan Ola FutureFactory yang mampu menampung produksi mencecah 10 juta unit jentera dua roda setahun sekali gus menjadi kilang EV terbesar di dunia.
Sehingga kini, Ola Electric masih belum mendedahkan nama rasmi dan varian skuter berkenaan. – rideapart