Motosikal

KILANG FUTUREFACTORY SKUTER ELEKTRIK OLA DIKENDALIKAN 10,000 TENAGA KERJA WANITA. TIADA PEKERJA LELAKI

Ola Electric Mobility memaklumkan akan membangunkan 10 juta skuter elektrik pada setiap tahun menjelang tahun 2022.

Apa yang lebih menarik, skuter berkenaan akan dibangunkan melalui Futurefactory yang akan dikendalikan sepenuhnya oleh golongan hawa.

Para pekerja pertama akan memasuki kemudahan produksi di Krishnagiri, India pada minggu ini.

Syarikat berkenaan yang diterajui Bhavish Aggarwal memberitahu pembangunan Futurefactory menelan belanja kira-kira AS$330 juta (RM1.3 bilion).

“Futurefactory akan mengambil lebih 10,000 tenaga kerja wanita apabila ia berfungsi sepenuhnya kelak.

“Ia sekali gus akan menjadi kilang terbesar di dunia dikendalikan oleh wanita dan kemudahan perkilangan automotif wanita di peringkat global,” katanya. –autoevolution

Google ads
Back to top button