
OMOTENASHI, GAMBARAN SEBENAR LAYANAN LEXUS KEPADA PELANGGAN
Omotenashi, mungkin tak ramai pembaca Mekanika yang biasa dengar perkataan ini. Tapi ia mula popular semasa temasya Sukan Olimpik Tokyo yang menekankan konsep Omotenashi semasa Tokyo mula menerima pelawat, ahli sukan dan juga tetamu untuk Olimpik
Secara asasnya perkataan omotenashi membawa maksud umum hospitality atau hubungan antara tuan rumah dengan pelawat, tetamu dan juga orang yang tidak dikenali. Perkataan ini sebenarnya terdiri daripada 2 suku kata iaitu Omote dan Nashi. Omote membawa erta imej yang ingin ditonjolkan kepada orang luar. Nashi pula bererti jujur, tidak berselindung dan berpura-pura
Jika disambung kedua dua perkataan membawa maksud setiap servis yang ingin disampaikan kepada pelanggan, tetamu dan pelawat mestilah jujur, amanah dan ikhlas daripada hati. Konsep ini sebenarnya berasal daripada acara minum teh Jepun yang menggambarkan sikap penyedia majlis yang berusaha bersungguh-sungguh dan jujur kepada pelanggan yang datang untuk minim teh

Jadi berdasarkan konsep ini omotenashi bukanlah menekankan kepada kemahiran, tapi keluhuran hati dalam menyediakan servis dan bertugas di depan pelanggan. Ada 2 cara untuk anda menyelami konsep omotenashi ini, mungkin anda boleh pergi ke mana-mana restoran Jepun bertaraf Michelin 3 bintang ATAU singgah sebentar ke bilik pameran Lexus.
Konsep omotenashi yang dipraktikkan oleh Lexus bukan sahaja terpakai kepada rekaan kenderaan jenama Lexus, tapi ia merangkumi pusat servis, jualan dan bilik pameran Lexus di mana-mana sahaja di dunia. Sebagai contoh terdekat ialah pusat pameran Lexus yang terletak di Mutiara Damansara dimana tempat penulis singgah untuk mengambil Lexus LM 350.
Apa yang penulis perhatikan ialah:
1. Kereta buruk milik penulis dijemput untuk diparkir di tingkat atas sekali (rooftop) tapi kawasan ini disediakan bumbung. Sesetengah premis tidak menyediakan parkir untuk media kerana kekurangan tempat parkir.

2. Masuk sahaja ke Ground Floor dimana semua kereta Lexus dipamerkan, penulis merasakan rekaan dalaman pusat pameran ini direka dan dihias ala-ala lobi hotel 5 bintang dengan ruang menunggu disediakan cafe ibarat sedang lepak di hotel
3. Penulis dijemput ke cafe dan diberikan menu pilihan makanan dan minuman percuma yang disediakan. Penulis meminta kopi Latte sementara menunggu eksekutif Lexus turun di cafe, dan pada anggapan penulis tetamu mesti membawa sendiri. Sebaliknya kakitangan Lexus yang bertugas menghantar kopi tersebut di dalam cawan dan piring.
4. Restroom atau toilet pula memang mirip tandas yang disediakan untuk hotel 5 bintang

5. Jika anda mahukan privasi atau ruang peribadi untuk mengadakan perbincangan, terdapat kubikel khas di ruang legar yang disediakan untuk pelawat dan juga pemilik Lexus yang menunggu kenderaan mereka ketika diservis atau berbincang dengan Konsultan Jualan
6. Rekaan ruang pameran dibina dengan syiling tinggi tapi pencahayaan terang, luas, lantai licin berkilat dengan konsep mimalis tapi pada masa yang sama menekankan konsep mewah
Apa yang Lexus cuba ketengahkan melalui pusat pemeran jualan mereka ialah omotenashi dengan cara tersendiri, mereka mengalu-alukan kedatangan tetamu dan pelawat serta memberikan layanan kelas pertama apabila anda singgah

Ia bukan sahaja berkenaan dengan kenderaan Lexus yang sudah diketahui mewah, tapi menawarkan pengalaman pemilikan yang menakjubkan sama seperti tagline mereka “Experience Amazing”. Lexus menawarkan bukan sahaja kenderaan yang serba mewah tapi pengalaman pemanduan, pemilikan dan servis yang luar biasa.
Ketika penulis menyiapkan laporan pandu uji Lexus LM350 baru baru ini, ada beberapa cerita yang disampakan oleh geng Mekanika pada penulis. Antaranya ialah:
1. Ada seorang pembeli Lexus membelikan model UX bagi kegunaan ayahnya. Katanya dia sengaja membeli jenama Lexus kerana layanan dan kualiti servis Lexus yang ditawarkan. Pembeli ini tahu semua spesfikasi teknikal, kelemahan dan kekuatan model Lexus

2. Ada seorang taukeh sengaja menukar selera daripada Lexus kepada jenama Continental, tapi ia bertahan sekejap sahaja sebelum taukeh tersebut menukar kepada Lexus. Feel pemanduan Lexus lebih kena dengan citarasanya
Jadi kalau anda ada RM 300 ribu dan ke atas serta saja-saja lawat pusat pameran Lexus, awas anda mungkin terpesona dengan jenama Lexus, konsep omotenashi dan tagline “experience amazing’ mereka.