
OPS E-HAILING: JPJ AMBIL TINDAKAN TERHADAP MAXIM, BENARKAN KENDERAAN TANPA PERMIT BEROPERASI
Pengendali perniagaan pengantaraan (EHO) yang mengendalikan aplikasi Maxim didapati membenarkan kenderaan di bawah kendaliannya beroperasi tanpa permit kenderaan e-panggilan (EVP).
JPJ memaklumkan bahawa syarikat yang beroperasi di Kuantan, Pahang itu dikesan dalam operasi Ops e-Hailing, baru-baru ini.
Hasil maklumat APAD, pihaknya mendapati hanya 402 daripada 5,000 kenderaan yang aktif menggunakan aplikasi Maxim mempunyai EVP.

Dalam serbuan itu, JPJ turut menyita komputer syarikat, papan iklan, kain rentang dan gegantung bagi tujuan siasatan di bawah Seksyen 222 APAD 2010.
“Syarikat yang didapati membenarkan kenderaan e-panggilan beroperasi tanpa EVP boleh disabit kesalahan di bawah Seksyen 12A(9) APAD 2010, dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun.
“Syarikat yang hendak menjalankan perniagaan pengantara dan penyediaan sistem EHO kepada pemandu-pemandu kenderaan e-panggilan mesti berdaftar serta dilesenkan di bawah APAD atau Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP),” menurut kenyataan media JPJ.
Selain itu, JPJ menasihati penumpang perkhidmatan kenderaan e-panggilan untuk memastikan aplikasi tersebut adalah berdaftar.
“Pengesahan pendaftaran adalah amat penting supaya penumpang mendapat jaminan perlindungan insurans semasa menggunakan perkhidmatan, sekiranya berlaku kemalangan jalan raya.” –Facebook JPJ
- BACA: PENDAPATAN TERJEJAS, RUNNER JPJ MUNGKIN TERPAKSA CARI KERJA LAIN
- BACA: MASZLEE KONGSI PENGALAMAN SEHARIAN TUNGGU GILIRAN DI KAUNTER JPJ PUTRAJAYA
- BACA: LAPORAN LKAN: 1.83 JUTA KAD LESEN MEMANDU TIDAK DIGUNAKAN, JPJ RUGI RM14.38 JUTA
- BACA: ISU APLIKASI MYJPJ, KELEMAHAN TELAH DIATASI SEBELUM DILANCARKAN