Buletin

LAPORAN LKAN: 1.83 JUTA KAD LESEN MEMANDU TIDAK DIGUNAKAN, JPJ RUGI RM14.38 JUTA

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilapor mengalami kerugian sebanyak RM14.38 juta membabitkan pembayaran perkhidmatan mencetak kad Lesan Memandu Malaysia (LLM).

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2, perkara itu berlaku disebabkan oleh kelemahan pemantauan JPJ terhadap peraturan dan perjanjian yang berkuat kuasa.

Laporan LKAN mendedahkan sebanyak 1.83 juta keping kad LLM tidak digunakan bernilai RM14.23 juta dan penalti sejumlah RM149,178 tidak dikenakan terhadap pelanggaran Service Level Agreement (SLA).

Oleh disebabkan itu, pihak audit telah mencadangkan beberapa pembaikan bagi mengatasi kelemahan di jabatan berkenaan.

Antara cadangan dikemukakan ialah melakukan pemantauan terhadap penggunaan stok kad yang dibuat dari semasa ke semasa.

Perkara tersebut adalah bagi memastikan stok kad digunakan secara optimum supaya tidak membazir.

“Memastikan SLA dipatuhi oleh syarikat dan sekiranya gagal, penalti atau denda akan dikenakan dengan segera,” menurut laporan itu.

Laporan itu turut mengesyorkan pemantauan terhadap perkhidmatan dibuat dengan lebih berkesan dengan mengambil tindakan segera terhadap masalah berbangkit. – BERNAMA

Google ads
Back to top button