Buletin

MITSUBISHI MAHU PERKENAL 16 MODEL DALAM 5 TAHUN, FOKUS ASEAN DAN OCEANIA

Kebelakangan ini banyak berita tentang Renault dan Nissan dan apa khabar Mitsubishi Motors yang berada dalam satu perikatan? 

Mitsubishi Motors baru sahaja mengumumkan perancangan perniagaan jangka masa sederhana tiga tahun (tahun fiskal 2023 hingga 2025) yang dikenali sebagai Challenge 2025.

Perancangan itu akan mewujudkan asas pendapatan yang stabil melalui pemilihan dan tumpuan pada strategi serantau Mitsubishi Motors dan kesinambungan aktiviti penambahbaikan pendapatan secara menyeluruh.

Selain itu, Mitsubishi Motors akan mencapai pertumbuhan yang lestari melalui perbelanjaan yang lebih tinggi dan stabil di dalam penyelidikan dan pembangunan (P&P) dan perbelanjaan modal (CAPEX).

Di antaranya melalui peningkatan perbelanjaan di dalam elektrifikasi, teknologi maklumat dan perniagaan baharu.

Dari segi produk, Mitsubishi Motors akan terus memfokuskan pada elektrifikasi sebagai penyelesaian kepada perubahan iklim dan membantu dalam mencapai neutral karbon.

Apa yang menarik ialah Mitsubishi Motors dengan jelas meletakkan ASEAN sebagai tumpuannya.

Berikut inisiatif utama perancangan Mitsubishi Motors:

  • Sasaran jumlah jualan 1.1 juta kenderaan dan keuntungan kendalian (operating profit) 220 bilion yen (RM7.26 bilion) (margin keuntungan tujuh peratus)
  • Menumpukan pada sumber pengurusan di ASEAN/Oceania bagi meningkatkan jumlah jualan, pegangan pasaran dan pendapatan
  • Mengeluarkan 16 model dalam tempoh lima tahun akan datang termasuk sembilan kenderaan elektrifikasi!
  • Meningkatkan pelaburan sekitar 30 peratus dalam tempoh enam tahun sehingga 2028 di dalam P&P dan CAPEX berbanding enam tahun lalu (peruntukan untuk elektrifikasi, IT dan perniagaan baharu dijangka mencecah 70 peratus bermula dari tahun fiskal (FY) 2026 ke atas)
  • Pengurangan pelepasan gas rumah hijau bagi mencapai neutral karbon
  • Melabur sebanyak 210 bilion yen (RM6.93 bilion) menjelang 2030 untuk perolehan bateri 15GWj
  • Mengukuhkan kerjasama dengan Perikatan (produk OEM dsb)
  • Menyahut cabaran perniagaan baharu menggunakan aset yang unik sebagai pengeluar kereta (pengurusan tenaga, penggunaan semula bateri, jualan data, dsb)

BACA: MITSUBISHI MALAYSIA CATAT JUALAN 24,017 UNIT TAHUN 2022. XPANDER DAN TRITON TERUS POPULAR

BACA: MITSUBISHI OUTLANDER PASARAN CHINA, ENJIN KECIL 1.5 TURBO MILD HYBRID!

BACA: MITSUBISHI EKSPORT 5 JUTA KENDERAAN DARI THAILAND, PROGRAM BERMULA 1988!

Google ads
Back to top button