Buletin

OPSYEN SPLIT GRILLE UNTUK NISSAN Z, HANYA DI PASARAN JEPUN MENJELANG PERTENGAHAN 2023

Jika anda masih ingat, Nissan ada memperlihatkan model konsep Fairlady Z Customized Proto pada Tokyo Auto Salon 2022.

Ia menampilkan sedikit perubahan kosmetik di mana struktur gril hadapan diberikan rekaan jeriji terpisah.

Berita baik, ia bakal ditawarkan sebagai opsyen untuk para pembeli di negara Matahari Terbut, dan dijangka akan masuk fasa produksi pada pertengahan tahun 2023 ini, menurut laporan Japanese Nostalgic Car.

Sayang sekali, naiktaraf ini hanya dikhususkan untuk pasaran Jepun sahaja buat masa ini.

Besar kemungkinan ia akan turut ditawarkan di pasaran lain, berdasarkan kehadiran kelibat model ujian Nissan Z yang dikesan di Arizona pada tahun lalu.

Model ujian tersebut yang masih sarat dengan pelekat samaran menampilkan rekaan hadapan yang menyokong teori kehadiran ciri split-grille itu tadi. – Japanese Nostalgic Car

Google ads
Back to top button