Buletin

FORD TAWAR RM10K, BATALKAN PESANAN FORD BRONCO 2023 DAN SILA PILIH KENDERAAN FORD YANG LAIN

Dalam menangani isu rantaian bekalan, Ford mengambil inisiatif dengan menawarkan AS$2,500 (RM10,727) kepada pembeli Bronco 2023 untuk membatalkan pesanan Bronco 2023 dan membeli kenderaan lain, bukannya off-roader retro.

Kenderaan yang layak menggunakan “Tawaran Penggantian Pesanan & Penggantian Pembelian Model Bronco 2023″ ialah model Bronco Sport, Edge, Escape Expedition, Explorer, F-150 dan Ranger.

Tawaran itu tidak termasuk kepada pesanan baharu, bermakna pelanggan tidak boleh memilih untuk membeli kenderaan yang ada dalam stok termasuk F-150 Tremor dan Raptor 2023. Tetapi sekiranya pelanggan berminat dengan model tersedia dalam stok, pelanggan hanya layak memilih kenderaan Ford 2022.

Selain itu, diskaun AS$2,500 (RM10,727) lagi ditawarkan kepada pelanggan Bronco yang sanggup menukar konfigurasi mereka, di mana Ford menganggapnya sebagai “komoditi terhad.” Dengan itu, pelanggan mungkin perlu membuang keluar Pakej Lux, Pakej Sasquatch dan pilihan hardtop MIC.

Walau bagaimanapun, pelanggan masih boleh mengekalkan gred trim pilihan. Pada masa yang sama, Ford menyatakan bahawa pembeli Wildtrak boleh memilih untuk menukar pesanan mereka kepada trim Badlands, Big Bend atau Outer Banks.

Dengan pelbagai tawaran ditawarkan, tetapi persoalannya adakah pelanggan akan menggunakan tawaran tersebut dan sanggup menukar pilihan mereka?

Pembeli juga meluahkan kekecewaan apabila terpaksa menunggu berbulan-bulan untuk kenderaan mereka dihantar. Keadaan mungkin boleh bertukar menjadi buruk sekiranya pembeli Bronco pada akhirnya berputus asa dan membuat pesanan dari pesaing Ford.

Google ads
Back to top button