Buletin

PADA 2019 NISSAN NV350 CARAVAN PREMIUM GX URBAN CHROME DIPERKENAL DI JEPUN

Nissan NV350 Urvan dilancarkan di dalam negara pada 2014. Setelah beberapa tahun di pasaran, versi dipertingkatkan (facelift) menemui pasaran pada Mac 2018.

NV350 Urvan adalah saingan terus kepada van komersial popular iaitu Toyota Hiace. Van ini diimport sepenunya dari Jepun dan dijual pada harga sekitar RM126,000.

Di Jepun, ada sebuah varian istimewa dikenali sebagai NV350 Caravan Premium GX Urban Chrome yang pertama kali diperkenalkan Ogos 2019. Ini adalah versi bumbung rendah berbanding model tempatan.

Di Jepun, NV350 Caravan diterima baik oleh pelanggan di atas beberapa faktor seperti keluasan, praktikaliti dan teknologi Brek Kecemasan Pintar.

NV350 Caravan bukan sahaja digunakan untuk kerja tetapi juga rekreasi dan hobi.

NV350 Caravan Premium GX Urban Chrome pula lebih istimewa dengan reka bentuk menarik dan sporti. Model ini diasaskan dari varian Premium GX.

Dari depan, bampar dan gril V-Motion sama sahaja dengan NV350 Urvan tempatan. Perbezaan ketara ialah pada lampu halogen-LED dan lampu kabus selain lips yang menyerlahkan karakter sporti.

Turut istimewa ialah warna krom gelap pada gril, cermin sisi, dan palang pintu kargo.

Bahagian tepi pula lengkap dengan skirt sisi dan roda aloi 15 inci manakala bampar belakang labuh dengan lips tambahan.

Pelanggan ditawarkan dengan beberapa pilihan seperti Intelligent Around View Monitor dengan fungsi pengesanan objek bergerak, beg udara penumpang, tali pinggang keledar pra tegang dengan dua peringkat had beban dan pintu gelungsur satu sentuhan automatik.

Ada dua jenis enjin yang boleh dipilih iaitu QR20DE (petrol) dan YD25DDTi (diesel turbo) dengan pacuan 2WD atau 4WD. Transmisi yang dipadankan adalah jenis lima kelajuan automatik.

Berkenaan harga, NV350 Caravan Premium GX Urban Chrome 2WD dijual pada JPY3,200,040 (RM121,450), 2.5L turbo 2WD pada JPY3,795,120 (RM144,035) dan 2.5L turbo 4WD pada JPY4,102,920 (RM155,717).

BACA: NISSAN LEAF AUTECH 2020, SEGAK JUGA KAN?

BACA: NISSAN GT-R 50TH ANNIV EDITION ADA DI THAI, RM1.5 JUTA SAHAJA!

BACA: PADA 2010, NISSAN ELGRAND E52 DIPERKENAL DI JEPUN

Kredit/sumber foto: Nissan

Google ads
Back to top button