Buletin

TOYOTA LANCAR YARIS CROSS DI SINGAPURA. 15 PILIHAN WARNA, 2 VARIAN, BERMULA RM310,200

Borneo Motors hari ini melancarkan Toyota Yaris Cross di Singapura. Rakyat di republik itu boleh memilih daripada dua varian iaitu Yaris Cross Hybrid 1.5 Active dan Yaris Cross Active 1.5 Excite.

Hadir dalam 15 pilihan warna, Yaris Cross Hybrid 1.5 Active ditawarkan pada harga SGD$101,888 (RM310,200). Manakala Yaris Cross Active 1.5 Excite pula berharga SGD$106,888 (RM325,335) seunit.

Dibina di atas platform Toyota New Global Architecture (TNGA), Yaris Cross adalah ringan, tegar dan mempunyai titik graviti yang rendah. Ini membolehkan crossover itu menawarkan pengendalian yang lincah.

Jentera tersebut dilengkapi rangkaian kuasa hibrid terkiniyang dipadankan bersama enjin Dynamic Force bersesaran 1.5 liter. Ia mampu menghasilkan kuasa sekitar 110bhp.

Varian hibrid menggunakan bateri lithium-ion yang lebih berkuasa dan ringan. Saiz bateri yang kompak membolehkannya diletakkan di bawah tempat duduk belakang, tanpa mengganggu ruang kargo.  

Yaris Cross turut dilengkapi Toyota Safety Sense. Sistem bantuan pemandu itu terdiri daripada Bantuan Pengesan Laluan, Sistem Pra-Pelanggaran dengan Lane Tracing Assist, Pre-Collision System denPengesan Pejalan Kaki dan Bantuan Stereng Kecemasan, pertama dalam kelasnya.

Sebagai tambahan, ciri-ciri seperti Lampu Tinggi Automatik, Lane Departure Alert, Kawalan Jelajah Radar Dinamik, Sokongan Brek Parkir, Sonar Parkir Depan Belakang, Blind Spot Monitor dan Rear Cross Traffic Alert sebagai ciri standard. – SGCarMart




Google ads
Back to top button