
PROTON SASAR TAMBAH PENGEDAR PROTON e.MAS
Pengeluar kereta nasional PROTON telah mengumumkan pelantikan 17 pengedar rasmi Proton e.MAS yang pertama di dalam majlis menandatangani perjanjian semasa pelancaran jenama Proton e.MAS pada 12 Jun.
Sehingga kini, jumlah tersebut telah bertambah kepada 18 pengedar di seluruh Malaysia.
Pengembangan portfolio ini menandakan pencapaian signifikan dalam memperluas rangkaian pengedar Proton e.MAS yang diuruskan oleh PRO-NET.
Inisiatif ini bertujuan untuk mengajak lebih ramai rakan kongsi menyertai Proton dalam menjadikan kenderaan elektrik lebih mudah diakses oleh seluruh rakyat Malaysia.

Penubuhan 18 cawangan Proton e.MAS yang diwakili oleh 16 pengedar, menunjukkan langkah penting dalam menerajui pengembangan rangkaian lebih besar dan meluas.
17 daripada cawangan ini ditempatkan secara strategik di seluruh Malaysia: tiga di Kuala Lumpur, empat di Selangor, dua di Johor, tiga di Perak, dua di Pulau Pinang, satu di Kedah, satu di Kelantan, dan satu di Pahang serta satu cawangan di Sabah.
Cawangan-cawangan ini beroperasi di bawah model rangkaian komprehensif, dari pusat 1S hingga ke pusat 3S, untuk memastikan para pelanggan menerima perkhidmatan yang menyeluruh dari setiap aspek.
PRO-NET ingin menyasarkan untuk mencapai 30 cawangan pengedar menjelang 2025, dengan pelan pembesaran fleksibel berdasarkan permintaan yang tinggi.
Dengan perkembangan revolusi kenderaan elektrik (EV), misi PRO-NET adalah mencari rakan kongsi yang berminat dan komited untuk menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS di kawasan-kawasan ini: Alor Setar, Kuala Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka, Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Kuching, Sibu, Bintulu, Miri, Sandakan, serta Tawau.
Jika anda berminat menjadi sebahagian daripada perjalanan Proton e.MAS, sila emel kepada [email protected] atau [email protected].
- BACA: HONDA PRELUDE BAKAL KEMBALI – MODEL HONDA PALING ELEGAN KINI DENGAN TEKNOLOGI HIBRID
- BACA: HYUNDAI IONIQ 5 DAN KIA EV6 JADI MANGSA TERBARU DIGODAM ‘GAME BOY’
- BACA: CATERHAM 360R – JELMAAN HELIKOPTER TENTERA KHAS UNTUK KUMPUL DANA KEBAJIKAN
- BACA: BMW R 1300 GS ADVENTURE DIUMUMKAN – TANGKI 31L, 145HP