Buletin

HYUNDAI IONIQ 5 DAN KIA EV6 JADI MANGSA TERBARU DIGODAM ‘GAME BOY’

Pada tahun 2022 dan 2023, model kereta Kia dan Hyundai menjadi perhatian apabila “Kia Boys” menggunakan kaedah mudah untuk mencuri kereta.

Kini, Hyundai dan Kia sekali lagi berdepan masalah kecurian tetapi kali ini model EV kedua-dua jenama ini pula menjadi mangsa.

Jika dahulu hanya menggunakan pengecas USB untuk menghidupkan silinder pencucuh. Serangan kini semakin canggih, alat digunakan adalah sebuah peranti penggodam yang kelihatan seperti Nintendo Game Boy.

Laporan mengenai kecurian Hyundai Ioniq 5 mula muncul akhir tahun lalu, di mana pemilik mendapati kenderaan hilang atau menerima notifikasi di telefon bimbit bahawa kereta mereka telah dibuka, dan tidak dapat dijejak melalui aplikasi Hyundai.

Secara teknikalnya, peranti ini dipanggil emulator, perkakasan penghantaran radio dan dibuat kelihatan seperti konsol klasik Nintendo.

Peranti ini telah wujud selama beberapa tahun, tetapi berdasarkan peranti yang dijual dan kenderaan dikatakan “serasi” dengannya, EV dari Hyundai kini menjadi model elektrik pertama menjadi sasaran khusus.

Peranti ini berperanan sebagai kunci kereta, kononnya ia adalah kunci yang sah dengan menggunakan algoritma tertentu sebelum ia mengira kod sebenar.

Jika mengambil masa lebih lama, pencuri boleh meletakkan peranti di dalam poket mereka dan menunggu sehingga ia bergetar untuk menandakan bahawa ia telah menemui kod.

Peranti ini kemudian membuka kenderaan dan boleh digunakan sebagai kunci untuk memandu, kemudian pencuri akan membuatkan GPS serta navigasi dalam aplikasi tidak lagi berguna.

Selain itu, penjual peranti ini mendakwa bahawa Hyundai Ioniq 5, Kia EV6, Genesis GV60, Infiniti, Lexus, Mercedes-Benz, Mitsubishi, Nissan, Subaru, dan Toyota boleh dicuri dalam beberapa saat.

Tambah laporan berkenaan, peranti ini dijual pada harga antara AS$16,000 (RM75,363) dan AS$30,000 (RM141,306), yang diakui, adalah sebahagian kecil daripada kos Hyundai Ioniq 5 N atau Kia EV6 GT baharu.

Google ads
Back to top button