PECAH MASUK LITAR UNTUK BERLUMBA
Beberapa bulan lalu, hampir semua negara di seluruh dunia melaksanakan perintah kawalan pergerakan untuk mengekang penularan wabak COVID-19.
Keadaan jalan yang lengang membuatkan ada segelintir pemandu mengambil kesempatan untuk berlumba di sana. Namun, lain pula yang berlaku di Minnesota, Amerika Syarikat (AS).
Sekumpulan pelumba jalanan didakwa memecah masuk sebuah litar untuk berlumba. Insiden pecah masuk itu dikesan pada pagi Ahad selepas seorang pegawai daripada Jabatan Polis New Market terserempak dengan sejumlah kereta di Elko Speedway.
Sama seperti litar-litar lain di AS, litar Elko Speedway ditutup untuk sebarang bentuk perlumbaan.
Pemeriksaan ke atas rakaman video menunjukkan kumpulan pelumba jalanan itu memasuki litar berkenaan dengan membuka pagar keselamatan. Ini mengesahkan perhimpunan itu tidak dianjurkan oleh pemilik litar.
Namun, belum sempat polis tiba, semua kereta melarikan diri dengan kebanyakannya masuk ke lebuh raya menuju ke Minneapolis. Setakat ini, tiada tangkapan dibuat. Pihak polis bagaimanapun giat membuat siasatan menerusi rakaman CCTV dan media sosial.
Polis juga berharap siasatan itu mempunyai hubungan dengan insiden pecah masuk dan perlumbaan jalanan lain di negeri tersebut.
- BACA: SUKAN MOTOR ADALAH BERBAHAYA APATAH LAGI LUMBA HARAM – KAN DAH EKSIDEN (VIDEO)
- BACA: DISYAKI LUMBA HARAM. 107 BUAH KERETA DITAHAN DI LEBUHRAYA TANPA HADLAJU – AUTOBAHN
- BACA: LUMBA DRAG GUNA KERETA PERONDA. DUA ANGGOTA POLIS DALLAS DISIASAT
- BACA: WANG PERTARUHAN LUMBA HARAM YAMAHA Y15ZR CECAH RM165K? KATANYA LEPAS TU ADA YANG KENA KUTIP…