
PANDU UJI JAECOO J7 KINI TERSEDIA SECARA RASMI DI GALERI BÖN ESTATES
SUV off-road premium sulung JAECOO Malaysia, J7, kini tersedia secara rasmi kepada orang ramai untuk sesi pandu uji.
Bagi memberikan peminat merasai pengalaman gaya hidup bandar yang premium, JAECOO Malaysia telah bekerjasama dengan BÖN Estates, pemaju hartanah butik Malaysia.
Sejak memulakan pandu uji awam J7 secara rasmi pada 9 Mei lalu, hampir 2,000 pengunjung telah ke Galeri BÖN Estates di Bangsar dan lebih 470 orang melakukan sesi pandu uji dalam tempoh empat hari sahaja.
Menurut Presiden JAECOO Malaysia, Leo Chen, “Kami teruja dapat bekerjasama dengan BÖN Estates kerana kami berkongsi minat untuk mencipta pengalaman gaya hidup premium kepada peminat dan pelanggan.

“Kami percaya kerjasama ini mewujudkan ekosistem saling menguntungkan untuk tetamu yang mencari SUV impian mereka dan mungkin juga rumah idaman mereka,” katanya.
Sementara, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BÖN Estates, Goh Soo Sing, turut menyatakan keterujaannya dalam merealisasikan potensi perkongsian bersama JAECOO.
“Di samping meluaskan jangkauan dan keterlihatan kami kepada pangkalan pelanggan yang lebih luas, kami berharap dapat memperkayakan tawaran gaya hidup untuk Komuniti BÖN dan pelanggan baharu.”
JAECOO Malaysia baru-baru ini telah membawa masuk dua varian iaitu JAECOO J7 All-Wheel Drive (AWD) serta JAECOO J7 Two-wheel Drive(2WD).

Untuk spesifikasi, JAECOO J7 dijana oleh enjin 1.6-liter turbo, berupaya menghamburkan kuasa 194hp dan 290Nm tork.
Nadi berkenaan dipadankan dengan kotak gear dwi-klac 7-kelajuan dan kuasa disalurkan ke semua roda dengan kelajuan maksimum 210 km/j.
Selain itu, ia juga menampilkan ciri-ciri canggih seperti cip Qualcomm 8155, 7 nm terkini, yang menyediakan kuasa pengkomputeran dan responsif luar biasa, termasuk masa boot-up 2 saat serta keupayaan untuk memproses lebih dari 20 arahan dalam 30 saat.
Tambahan, J7 turut menampilkan sistem perkakasan pintar ‘1+2+1’ iaitu satu kamera pandangan hadapan multifungsi (FCM), dua radar gelombang milimeter (CRM) dan satu radar gelombang milimeter (FRM).
Kepada yang berminat merasai sendiri JAECOO J7, anda boleh melakukan pandu uji di Galeri BÖN Estates dengan menempah temu janji melalui laman web JAECOO Malaysia di www.jaecoo.com.my.
Orang ramai juga berpeluang untuk memandu uji J7 semasa Malaysia Auto Show 2024 di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) dari 22 hingga 24 Mei.
Untuk maklumat lanjut, layari www.jaecoo.com.my