Artikel PilihanBuletin

PANGGILAN SEMULA SUBARU IMPREZA, XV DAN FORESTER. UNIT MALAYSIA TERLIBAT

Subaru telah mengumumkan panggilan semula (recall) untuk pembaikan bagi model-model Forester keluaran 2014-2016, Impreza keluaran 2008-2016 dan Subaru XV 2012-2017 atas kerosakan yang dipercayai pada suis lampu brek.

Menurut pengeluar Jepun itu, dalam kes tertentu, gas silikon mungkin meresap melalui perumah suis lampu brek dan akan menjejaskan litar.

Akibatnya, fungsi yang berkaitan dengan suis lampu brek (cahaya lampu brek, transmission interlock, ignition interlock, Vehicle Dynamics Control dan EyeSights system) mungkin pincang tugas.

Jika kegagalan lampu brek berlaku, ia akan menyebabkan pengguna jalan raya lain tidak menyedari niat pemandu untuk menghentikan kenderaan mereka, sehingga mungkin meningkatkan risiko perlanggaran tanpa sengaja.

Motor Image, pemegang hak jenama Subaru memberitahu proses panggil balik ini melibatkan kenderaan di Hong Kong, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Kesemua pemilik kenderaan akan dimaklumkan tentang penarikan balik ini, dan Image Motor akan menggantikan suis lampu brek dan bahagian yang berkaitan secara percuma.

Tags
Google ads
Back to top button