Artikel PilihanMotosikal

RECALL– INI ANTARA PANGGILAN SEMULA MOTOSIKAL YANG TERBESAR DALAM SEJARAH

Mungkin ini bukanlah sesuatu yang kita sedar atau pernah dengar. Cuma sejak kebelakangan ini baru ada usaha panggil balik (recall) yang dilakukan pengeluar motosikal. Waktu zaman 80-an dan 90-an dulu ada dengar produk kena recall?

Mungkin ada tapi dengan saluran maklumat terhad, tidak ramai yang tahu. Servis lepas jualan dulu pun bukanlah macam hari ni. Boleh bilang dengan jadi saja berapa pusat servis yang wujud, 3S? Mungkin pelik sangat bunyinya.

BACA: YAMAHA PANGGIL SEMULA R25

Di Malaysia, recall bagi produk motosikal jarang-jarang kedengaran. Terima kasih dengan hak penggguna yang kebanyakannya memihak pengeluar. Setakat yang kami tahu, kalau kereta, Honda Malaysia adalah yang paling agresif memanggil semula kereta mereka kerana masalah airbag Takata.

Tapi kali ini kita tidak cakap pasal kereta, kita lihat beberapa panggil semula yang boleh dikategorinya terbesar dalam sejarah industri motosikal. Ia adalah panggilan semula yang dibuat di seluruh dunia.

Yamaha UK pernah memanggil balik model YZF-R125 pada 2012 berikutan masalah suis tongkat sisi yang bermasalah. Sebanyak 7,741 unit dikesan menghadapi masalah ini dan ia dibaiki secara berkala oleh pihak pengeluar. Tiada lagi masalah selepas model 2012.

Di tempat kedua ialah Harley Davidson dengan sejumlah 8,904 unit panggilan semula bagi model Street 500 dan 750 di Amerika Syarikat. Ia berlaku pada tahun 2015 berikutan masalah pemasangan terhadap bahagian reflektor belakang (lah, reflektor je pun?).

MSX-125 (GROM) pernah dipanggil semula pada 2014 di Amerika berikutan masalah fuel pumpIngat Honda MSX yang baru dilancarkan Boon Siew Honda tahun lepas? Di Amerika Syarikat sebanyak 10,076 unit model ini telah dipanggil semula berikutan masalah fuel pump. Bagaimanapun ia hanya berlaku pada kumpulan pengeluaran tahun 2014. Tiada masalah untuk model 2015 dan facelift selepasnya.

Panggilan seterusnya ialah terhadap model Daytona 675, Street Triple, Street Triple R keluaran Triumph. Ia adalah panggilan rasmi sebanyak 10,366 unit yang dibuat di seluruh dunia pada 2012 berikutan masalah pada komponen Regulator/Rectifier.

Rangkaian enjin 675 ini pernah dipanggil semula berikutan masalah regulator/rectifier

Kawasaki pernah memanggil semula sejumlah 11.097 Unit motosikal mereka pada 2013 di Amerika Syarikat berikutan masalah pincang tugas komponen kotak kawalan komputer (ECU). Ia melibatkan model Ninja 300 dan Ninja 300 ABS.

Seterusnya ialah panggilan semula Yamaha di UK pada 2006. Ia melibatkan model YZF-R1, FZ6, FJR1300, TDM900, MT-01, XV1700PC  dan XT660R dengan jumlah keseluruhan 14,384 Unit.

Suzuki pula pernah memanggil semula motosikal mereka bagi varian yang dikeluarkan untuk pasaran Eropah. Sebanyak 16,255 unit model DL100, GSF1250, GSF650, GSX1300, GSX-R600, GSX-R750, SFV650, VL800 dan VL1800R dikesan terlibat dengan masalah Regulator/Rectifier pada tahun 2011.

VT750C Shadow Cruiser- dengan masalah “Bank Angle Sensor” pada model 2015

Dan ini dia, panggilan terbesar pernah dibuat dalam industri motosikal. Honda Amerika memanggil semula model VT750C Shadow Cruiser pada 2015 yang membabitkan 22,142 Unit di mana masalah dikesan pada Bank Angle Sensor (Pengesan Sudut Bank?) – maaf kami pun tak tahu nak terjemah dalam Bahasa Melayu.

BACA: HONDA MALAYSIA PANGGIL SEMULA 24K KENDERAAN LAGI

BACA: YAMAHA N-MAX RECALL – MASALAH PENGESAN KELAJUAN

Google ads
Back to top button