FORD MUSTANG SHELBY GT350, GT350R SECARA RASMI TERKUBUR MUSIM LURUH INI
Model Ford Mustang Shelby GT350 dan GT350R bakal ‘mati’. Ia berikutan model tahun 2021 akan dihentikan produksi menjelang musim luruh.
Pengeluar kereta mengesahkan berita sedih terbabit kepada para media ketika majlis pandu uji Ford Mustang Shelby GT350 Heritage Edition.
“Pihak kami akan menghentikan produksi Shelby GT350 dan GT350R pada musim luruh seperti perancangan sebelum ini.
“Ia akan memberi laluan kepada model terbaharu kami bagi model tahun 2021 termasuk Mach 1 edisi khas sekali gus mengujakan para pemiat Mustang,” kata kenyataan Ford.
Mustang Mach 1 edisi khas yang berkongsi komponen GT350 secara tidak langsung akan menggantikan model terbabit.
Bagaimanapun, ia tidak termasuk enjin Voodoo V8 5.2 liter tetapi akan menggantikan dengan enjin V8 5.0 liter yang mampu menjana kuasa mencecah 480 hp.
Selain itu, Ford turut akan menghentikan produksi Mustang Bullitt.
Mustang Shelby GT350 julung kali membuat penampilan di Los Angeles Auto Show 2014 dan diikuti model lebih terkini GT350R.
Kedua jentera mendapat khidmat enjin V8 5.2 liter yang sama dijana kuasa mencecah 526 hp dengan tranmisi manual enam kelajuan.
‘Kematian’ dua model ini menjadikan GT500 sebagai satu-satunya Mustang dengan tanda nama Shelby pada rangkaian model 2021 kelak dan disokong oleh Mach 1. – carscoops.