Motosikal

MOTOSIKAL BIKIN JADI HIASAN PELAMIN

Pada kebiasaannya, pasangan pengantin akan menghiasi pelamin mengikut tema yang diimpikan untuk dijadikan momen indah hidup mereka.

Bagaimanapun, ada juga yang menjadikan hobi mereka sebagai tema dalam hari penuh sejarah terbabit.

Ia terbukti apabila salah seorang mempelai di Indonesia menjadikan motosikal yang telah dimodifikasi sebagai hiasan pelamin.

Melalui video TikTok @chepysyahrizal yang menghadiri sebuah majlis perkahwinan, dia agak terpegun melihat dekorasi sebuah motosikal bikin menghiasi pelamin pengantin.

Motosikal berkenaan telah dimodifikasi sepenuhnya termasuk pada bahagian hadapan jentera, fairing, bahagian belakang malah tayar juga diubah suai pemilik motosikal itu.

Video terbabit mendapat pelbagai reaksi daripada netizen malah menerima sehingga 18 ribu kali like.

Kemungkinan besar pengantin lelaki merupakan peminat tegar motosikal dan mempunyai kelab motosikal. – otosia

Google ads
Back to top button