Buletin

AMUKAN BEKAS PEKERJA MERCEDES. CURI BACKHOE, ROSAKKAN 50 VAN DI KILANG

Bekas pekerja Mercedes berusia 38 tahun mengamuk dan merosakkan lebih 50 buah van di kilang pemasangan, Vitoria, Sepanyol.

Sebelum melakukan perbuatan tersebut, dia terlebih dahulu mencuri sebuah jengkaut (backhoe) dan memandu sejauh 13 km ke kilang berkenaan yang terletak di daerah Basque, lapor Periodismo del Motor.

Apabila tiba di lokasi kejadian, dia merempuh pintu pagar kilang terbabit dan merosakkan beberapa van V-Class.

Difahamkan, lelaki berkenaan cuba memasuki bahagian pemasangan di dalam kilang apabila pintu gelangsar turut mengalami kerosakan.

Menurut laporan media tempatan, kerosakan yang dilakukan bekas pekerja itu mencecah lebih AS$2.4 juta (RM9.6 juta) malah hanya terdapat beberapa orang sahaja di kilang ketika kejadian kerana dilakukan pada waktu malam.

Kejadian berlaku berikutan demonstrasi pekerja kilang yang mengatakan bahawa skim peralihan baharu dilaksanan Mercedes akan menyebabkan pembuangan pekerja sebanyak 10 hingga 15 peratus pekerja di kilang tersebut.

Van V-Class dijual pada harga bermula AS$35,191 (RM141,555) di pasaran Eropah. Ia dijana trenkuasa hybrid dan bahagian dalaman direka untuk memberi keselesaan kepada penumpang. – carscoops

Google ads
Back to top button