" "
Buletin

PRANK TANGAN KAKI MANUSIA TERKELUAR DARI VAN. LELAKI KENA SOAL SIASAT POLIS

Seorang lelaki disoal siasat pihak berkuasa apabila disyaki menculik seseorang berikutan prank yang dilakukan sempena festival Halloween.

Daren Houlker, 49, yang menghiasi  van dengan tangan dan kaki diperbuat daripada plastik terkeluar pada bahagian belakang seolah-olah seseorang diculik.

Bagaimanapun, lelaki itu terlupa berhubung dekorasi berkenaan dan memandu sejauh tiga kilometer.

Berikutan itu seorang individu telah membuat laporan polis kerana mengesyaki Houlker menculik seorang lelaki.

Ketika pulang ke rumah, dia terkejut apabila melihat anggota polis muncul di kediamannya dan sedang menjalankan siasatan bagi jenayah penculikan.

Houlker kemudiannya meminta pegawai polis untuk memeriksa van miliknya, dan pegawai tersebut tertawa selepas mendapati ia sekadar perhiasan Halloween.

Houlken menyifatkan prank itu sebagai satu kejayaan walaupun ia agak keterlaluan.

“Memandangkan saya memandunya pada hari yang berangin, tangan dan kaki tersebut mungkin berterbangan, menyebabkan orang ramai beranggapan seseorang telah diculik dan sedang meminta bantuan.

“Helah itu merupakan satu kejayaan namun saya tidak menyangka ia keterlaluan,” katanya. –dailystar

Google ads
Back to top button