Buletin

PENCURI BEBAL REMPUH PINTU KEDAI. GAGAL LARIKAN DODGE CHALLENGER EDISI TERHAD

Masih ingat babak filem Gone in 60 Seconds? Apabila Kip Raines yang dilakonkan oleh Giovanni Ribisi memecah masuk ruang pameran Porsche dan merempuh cermin kedai untuk melarikan Porsche 911.

Senario yang sama berlaku di O’Fallon, Illinois, Amerika Syarikat, apabila pencuri melakukan percubaan melarikan sebuah kereta model Dodge Challenger edisi Ulang Tahun ke-50.

Bagaimanapun, pencuri itu bukanlan Kip Raines yang berlakon dalam filem Hollywood apabila gagal melarikan jentera berkenaan.

Lebih memalukan, percubaan pencuri terbabit ingin merempuh pintu ruang pameran kedai tersebut merupakan keputusan yang kurang bijak apabila kerangka kereta itu terlalu lebar dan tersangkut.

Tindakan tersebut telah mengakibatkan bahagian hadapan kereta itu rosak. Selain merosakkan pintu ruang pameran sehingga kaca bersepai di atas lantai.

Menurut Kapten Polis O’Fallon, Dave Matevey, cubaan mencuri kereta itu berlaku pada pagi Rabu lalu apabila suspek memecahkan tingkap kaca untuk masuk ke dalam kedai.

Bagaimanapun, suspek telah melarikan diri selapas gagal mencuri Challenger tersebut.

Matevey juga memberitahu O’Fallon Weekly, sebelum kejadian berlaku terdapat beberapa kes pecah kereta dilaporkan berdekatan Home Depot. Pihak polis percaya ia dilakukan oleh suspek yang sama.- carscoops

Google ads
Back to top button