
PASUKAN POLIS CEGAH MOTOR BISING DITUBUHKAN DI PARIS
Sepasukan polis yang terdiri daripada 40 orang pegawai dilapor akan membantu penduduk untuk hidup dengan lebih aman dan damai.
Mereka dikatakan telah dilatih secara khusus untuk mengesan pencemaran bunyi kenderaan yang kuat.
Penunggang yang menunggang motosikal berbunyi bising di Perancis kini sudah pun terpaksa berdepan dengan hukuman keras, iaitu denda sebanyak €90 (RM450).
Unit polis baharu itu telah berjumpa dengan lebih 100 pemilik motosikal yang mengeluarkan bunyi ekzos bising. Namun tiada data rasmi mengenai jumlah saman yang telah dikeluarkan.
Ibu negara Perancis itu kini sedang cuba mengatasi masalah kenderaan bising, terutamanya motosikal. United Kingdom sebelum ini dilapor telah menjadi negara pertama yang memasang kamera bunyi bising berteknologi tinggi.
Sejumlah mikrofon yang kompleks direka untuk mengesan bunyi motosikal atau kenderaan yang melepasinya. Sementara kamera pula berfungsi untuk merakam plat kenderaan sebelum saman dikeluarkan.
Sistem sama dikatakan telah dipasang di sebuah kafe motosikal di Loomies. Ia dipasang di sana untuk menguji sama ada kamera bunyi bising itu boleh berfungsi sebaiknya. Namun, sehingga kini masih belum ada sebarang data direkodkan.
sumber: visordown